in

“Boleh bergegar rumah”- Pecah Rekod, Bunyi Sendawa Lelaki Ini Paling Kuat Di Dunia

F3 Sendawa Terkuat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sendawa sering kali dianggap tak sopan terutamanya jika anda sendawa sesuka hati depan orang selepas makan, namun tahukah anda bunyi tersebut sebenarkan mengeluarkan angin untuk membantu pencernaan anda.


Tapi, kalau kerap sangat sendawa walaupun bukan ketika kekenyangan tu pula bahaya dan ia mungkin menandakan ada yang tak kena dengan kesihatan anda.

Sendawa Terkuat 2

Lelaki dari Australia ini pula telah berjaya memecahkan rekod dunia dengan bunyi sendawanya yang terkuat di dunia, lapor BBC baru-baru ini.

Bunyi burp yang dikeluarkan oleh Neville Sharp itu adalah sekuat 112.4 decibels dan ianya dikatakan lebih kuat jika dibandingkan dengan bunyi alat muzik trombon. Bunyi gerudi elektrik secara purata pun kalah tau dengan bunyi sendawa dia ni!

Sendawa Terkuat 3

Difahamkan, Neville mula bercita-cita untuk memecahkan rekod sendawa setelah dipujuk oleh isterinya dan dia juga mula berlatih untuk menghasilkan bunyi sendawa yang terbaik sejak lima tahun lalu.

Boleh dengar sendiri macam mana kuatnya bunyi sendawa lelaki ini di YouTube ini.

Nampaknya, usahanya juga tak sia-sia sebab Neville berjaya memecahkan rekod bunyi sendawa yang dimiliki oleh individu lain selama lebih 10 tahun sebelum ini.

Sumber: BBC, Guinness World Records 

Baca: Makan Pedas Tak Elok Untuk Kesihatan, Doktor Dedah Trend Ini Boleh Rosakkan Sistem Penghadaman 

Sendawa Terkuat 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.