“Membazir kalau buang je” – ‘Nurse’ Dipecat Lepas Cucuk Vaksin Pfizer Tamat Tempoh Pada 3 Ahli Keluarga

Tambah ke Sumber Pilihan
“Membazir kalau buang je” – ‘Nurse’ Dipecat Lepas Cucuk Vaksin Pfizer Tamat Tempoh Pada 3 Ahli Keluarga

Seorang jururawat veteran yang sudah hampir 50 tahun berkhidmat dalam bidang perubatan telah kehilangan kerjanya selepas dia memberikan suntikan vaksin COVID-19 yang sudah tamat tempoh kepada tiga orang ahli keluarganya.

Peterson E1628312422570

Lapor Metro, Kirsten Peterson, 67, memang bertugas memberikan suntikan vaksinasi kepada golongan tua dan kurang upaya di sebuah pusat jagaan di Sydney, Australia sepanjang pandemik. Meskipun sudah lama menabur bakti, tindakan Peterson baru-baru ini mengakibatkan dirinya diberhentikan kerja kerana tidak mengikut prosedur yang ditetapkan.


Difahamkan, Peterson perlu membuang tiga dos vaksin Pfizer susulan ia sudah tamat tempoh pengunaan. Oleh kerana merasakan ia satu pembaziran, Peterson telah memanggil anak perempuan dan dua anak buahnya untuk menerima suntikan terbabit.

Vaccine Shot Bloomberg Scaled 1 E1628312507104Sumber: Insurance Journal

Lapor sumber, meskipun ketiga-tiga ahli keluarga Peterson yang disuntik vaksin terbabit memang layak untuk menerima suntikan, mereka masih lagi belum boleh membuat tempahan.

Jelas Peterson, dia sama sekali tidak akan memberikan ahli keluarganya layanan istimewa dengan memberikan mereka vaksin yang sudah ditetapkan buat penerima lain. Katanya, tiga dos vaksin yang diberikan adalah daripada vaksin berbaki yang tidak digunakan pada hari itu.

“Vaksin yang tamat tempoh itu akan dibuang ke dalam tong sampah. Saya rasa membazir kerana ia boleh digunakan untuk seseorang tapi terpaksa dibuang kerana sudah tamat tempoh. Vaksin yang saya suntik pada ahli keluarga saya memang menunggu untuk dibuang dan bukannya diambil daripada penerima yang sepatutnya,” katanya.

Pun begitu, majikan Peterson, Healthcare Australia tetap memecat wanita itu kerana gagal mematuhi protokol jabatan kesihatan terkini.

Healthcare Australia, dalam pada itu, berkata, semua pekerjanya perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan dimana vaksin berlebihan perlu dibuang jika ia tidak boleh diagihkan kepada hospital tempatan dan mana-mana pusat Pfizer.

Sumber: Metro

Baca: “Mana ada magnet” – Isu Logam ‘Melekat’ Lepas Cucuk Vaksin, Ini Penjelasan Melalui Sudut Fizik
1Garfu E1628312104335

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aira Sahira
Lagi tulisan Aira
Seorang yang imaginatif dan gemar menulis. Sukakan haiwan dan anime. Lebih menggemari genre seram walaupun masih tutup mata bila hantu muncul.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Membazir kalau buang je” – ‘Nurse’ Dipecat Lepas Cucuk Vaksin Pfizer Tamat Tempoh Pada 3 Ahli Keluarga
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/membazir-kalau-buang-je-nurse-dipecat-lepas-cucuk-vaksin-pfizer-tamat-tempoh-pada-3-ahli-keluarga/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM