in

Memansuhkan GST Mungkin Ambil Masa Lebih Dari 100 Hari

Page Zeti Aziz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua pun sedia maklum pada sidang media beberapa hari lalu, Tun M dah melantik lima orang individu untuk menganggotai Majlis Penasihat Kerajaan atau Council of Elders.


Salah seorang ahli majlis tersebut termasuklah bekas Gabenor Malaysia, Zeti Aziz. Terdahulu, Pakatan Harapan menjanjikan pemansuhan GST dalam masa 100 hari. Namun begitu, menurut Malaysiakini, Zeti berkata ia mungkin akan mengambil masa lebih dari itu.

Page Zeti Aziz
sumber: malaysiakini

Beliau juga berkata, Majlis Penasihat Kerajaan akan dedahkan langkah dan tindakan yang diambil untuk merealisasikan janji itu dalam jangka masa 100 hari.

“Kami akan membuat pengumuman dalam masa 100 hari…orang ramai akan mengetahui apa yang akan dilakukan dan kaedah yang akan digunakan.”

Kk
gambar hiasan

Rakyat jangan gusar sebab keputusan untuk pemansuhan GST adalah muktamad dan tidak akan dikaji semula. Isu sekarang hanyalah bagaimana ianya akan dilakukan termasuk menjadikan kadar GST sifar.

“Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berulang kali berkata kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini.”

Pada masa ini Majlis Penasihat Kerajaan sedang mengkaji kaedah menyeluruh untuk menambah kuasa beli rakyat berbanding pendekatan sedikit demi sedikit.

Tak sabar nak menanti Malaysia GST sifar.

Baca: “Malaysia boleh hidup tanpa GST” – Zeti Aziz

Za

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.