in

“Memang senang jela dia terlepas” – Netizen Bengang Polis Bebaskan Lelaki Pukul Bekas Isteri & Mentua

Suspek Bebas

Baru-baru ni viral kisah seorang doktor serang dan pukul bekas isteri serta bapa mentua di tempat awam hingga menyebabkan kecederaan.

Mangsa Pukul
sumber: twitter

Difahamkan, menurut keluarga mangsa, suspek dah banyak kali buat perkara di luar jangkaan. Mangsa trauma sebab dah kena dera fizikal dan mental tetapi tidak pernah ditahan polis sebab kekurangan bukti.

Namun, kejadian yang berlaku baru-baru ni disokong dengan bukti rakaman CCTV sebuah kedai dan selepas laporan dibuat pihak polis kemudian menahan suspek.

https://twitter.com/hafawatiiizyan/status/1172853717143412736?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1172853717143412736&ref_url=https%3A%2F%2Flobakmerah.com%2Forang-tua-pun-kau-nak-pukul-netizen-panas-hati-tengok-lelaki-ini-belasah-bekas-isteri-dan-bapa-mertuanya%2F

Namun, menurut Awani, suspek berusia 34 tahun itu dilaporkan telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari yang sama! 

Netizen kebanyakannya tidak berpuas hati dan bengang bila dapat tahu lelaki itu dibebaskan. Menurut pihak polis, suspek dilepaskan atas faktor kesihatan selepas dia kemukakan surat rujukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata suspek telah hadir ke balai polis untuk memberi keterangan pada hari Isnin lepas dan kemudian dibebaskan.

Hasil laporan penuh perubatan yang dikemukakan suspek telah diterima oleh pihak saya dan laporan kes ini akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.”

Netizen tak puas hati dan mengesyaki surat rujukan perubatan tu pun memang mudah bagi suspek untuk dapatkan memandangkan status dia sebagai seorang doktor.

Suspek
sumber: twitter

Apatah lagi, pihak keluarga mangsa pula mendakwa suspek dah banyak kali buat perangai dan sentiasa terlepas. Bukan setakat bekas isteri dan bapa mentua dia pukul, rupanya sebelum ni kata mereka suspek juga pernah belasah mak mentua dan abang ipar.

Family kami dah lama bersabar dengan hang tapi hang makin menjadi-jadi ya…”

Family Bersabar
sumber: twitter

Harap takde unsur rasuah dalam kes ni. Kalau betul dia bersalah, dia memang layak dihukum!

Baca: “Orang tua pun kau nak pukul” – Netizen Panas Hati Tengok Lelaki Ini Belasah Bekas Isteri dan Bapa Mertuanya

001Belash 1