in

“Memang patut pun kena rotan”- [VIDEO] 5 Remaja Dirotan Pihak Polis Sebab Lepak Di Luar Waktu PKP

Combine Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah pelbagai cara yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk menasihati rakyat yang masih berdegil untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah dikeluarkan oleh pihak kerajaan semenjak wabak Covid-19 ini.


Namun, cara lembut masih tak berkesan bagi sesetengah pihak yang keras kepala untuk patuh dengan arahan yang sudah diikeluarkan.

Viral video yang memaparkan seorang anggota polis merotan 5 remaja menggunakan sebatang ranting kayu di daerah Kunak sewaktu membuat rondaan berikutan PKP yang dilaksanakan.

Dilaporkan, kumpulan remaja tersebut sedang lepak di luar sewaktu pasukannya membuat rondaan di daerah berkenaan. Pada awalnya, polis itu sudah memberi arahan kepada remaja tersebut untuk bersurai namun arahan itu tak diendahkannya, lapor Borneo Today.

Pukul 1024X627 1

Selepas pihak polis membuat rondaan di kawasan yang berasingan dan kembali semula, didapati remaja tersebut masih lagi berada di tempat yang sama dan sekali lagi arahan dikeluarkan untuk beredar.

Namun, kumpulan remaja itu enggan mendengar arahan sebelum polis tersebut bertindak merotan kumpulan remaja terbabit dengan ranting kayu.

Korang boleh tengok video itu dekat sini.

Polis Sabah sedang menyiasat tindakan pegawai polis itu yang merotan 5 remaja berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu dan mengesahkan tiada laporan dibuat setakat ini.

Rotan 1024X622 1

Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak polis itu dengan merotan kepada mereka yang melanggar arahan PKP.

Biarlah dirotan sebab degil 

Komen1

Ok lah bagi yang degil 

Komen 2

Baca : “Degil sangat kan!” – Rakyat Filipina Yang Langgar Perintah ‘Lockdown’ Kena Sumbat Dalam Kandang Anjing

Filipina

 

 

Sumber: Sabah Post
Sumber: Sabah Post
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.