in

“Memang ketegaq betul depa ni” – [FOTO] Masih Ada Rakyat Yang Degil Tak Buat ‘Social Distancing’ Ketika Beli Juadah?

Featured Image 1

Semenjak PM kita umumkan mengenai PKPB, ramai rakyat yang ambil keputusan untuk keluar dari rumah dan berjalan-jalan di sekitar bandar. Hal ini disebabkan kelonggaran yang diberi kepada rakyat kerana PM percaya pada kita, boleh patuh pada SOP yang ditetapkan.

Tapi sedih bila mendapat tahu, segelintir rakyat mereka bukan sahaja tidak patuh pada SOP malah ambil ringan tentang sosial distancing.

Tular di sosial media baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @Aweef telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan penduduk di Shah Alam sedang membeli juadah berbuka puasa.

Apa yang menjadi isu sekarang, situasi meriah dengan pengunjung yang ramai. Apa nak jadi ni guys….

Bazar1

Bazar2

Bazar3

Menurutnya, dalam isu ini kita tidak boleh salahkan peniaga kerana mereka mesti dalam keadaan terdesak. Jika mereka tidak berniaga, macam mana mereka ingin mendapatkan pendapatan harian.

Kerajaan bukanlah sekejam itu sangat, mereka turut keluarkan SOP bagi peniaga ini.

Bazar4

Tapi sebagai pembeli, kita kenalah patuh pada arahan yang ditetapkan. Ini juga dapat memudahkan peniaga dalam menguruskan perniagaan mereka. Jangan pakai langgar sebab polis tak ada ye..

Bazar5

Kejadian Di Perlis

Sementara itu, terdapat isu yang sama tapi bukan di Shah Alam, kali ini dikhabarkan berlaku di Perlis.

Menerusi video yang menjadi viral di sosial media ini, polis tersebut seperti marah pada pembeli di kawasan itu atas sebab yang samalah, tak lakukan social distancing!

Segelintir rakyat dikatakan sengaja ambil kesempatan atas kelonggaran yang di beri. Korang tengoklah video ni kesian polis tu tau..

Jika perkara ini berterusan, macam mana kita nak putuskan rantaian Covid-19 ni. Hope semua rakyat patuh dengan arahan yang diberi…

 

Baca: “Lepas ni muncul kluster mall pulak” – Takde Jarak Sosial, Pengunjung Beratur ‘Banjiri’ Mall Di Johor

Annotation 2020 05 19 123043

 

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: jpa.gov.my