in

“Lepas ni muncul kluster mall pulak” – Takde Jarak Sosial, Pengunjung Beratur ‘Banjiri’ Mall Di Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) telah mula dikuatkuasakan minggu lepas, pergerakan kita pun dah bebas sikit. Boleh lah keluar cari makanan berbuka kejap dengan ikut SOP yang ditetapkan. 


Namun, ada lagi yang berdegil sebab gagal mengikuti prosedur yang dibuat oleh pihak kerajaan. Kali ini, ramai pengunjung di sebuah pusat beli belah di Johor dikatakan telah sesak beratur tanpa social distancing pada hujung minggu lepas, lapor Berita Harian.

Gambar pengunjung yang tidak mengikuti SOP yang ditetapkan itu viral di social media semalam. Katanya, dorang tengah beratur untuk check suhu badan tapi beratur dekat-dekat.

Gambar tersebut dipercayai telah diambil di sebuah mall terkemuka di Taman Desa Tebrau oleh pengunjung. Jadi, ramai penduduk kat situ yang risau kalau benda ni boleh mencetuskan kluster baru. 

Dah lah sebelum ni kes Coronavirus di Tebrau agak tinggi. 

Selain tu, ada juga pengunjung lain yang mendakwa tiada garis penjarakan sosial pada lantai jadi susah untuk pengunjung tahu di mana mereka sepatutnya berdiri.

Rata-rata netizen meluahkan kekecewaan mereka sebab sikap tak bertanggungjawab macam ni boleh meyusahkan ramai pihak lain.

Tapi, katanya pihak mall terbabit dah janji yang dorang akan pantau pengunjung dengan lebih baik lagi lepas ni. Harapnya benda ni takkan berulang lagi lah kan. 

 

Baca: “Pelanggan ke tak, tetap bahaya” – Rupanya Ramai-ramai Beratur Dekat Kenanga Tu Bukan Customers, Tapi…

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.