in

Memang Dapat Ugutan Bunuh Atau Sekadar Marketing Strategy?

Bunuh Bunuh Plak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral kat Twitter, seorang gadis mengadu yang dia diugut bunuh gara-gara berniaga iPhone murah. Menerusi perkongsian gadis tu, agak scary jugaklah bila baca mesej ugut bunuh tu sebab suspek tak puas hati cara si mangsa ni jalankan bisnes. Aduh macam ni pun ada ke? 


1 1
sumber: twitter
Dobla91Uwaizro7 1
sumber: twitter

 

Bisnes berjaya sampai bagi kereta Toyota free

Bisnes gadis ni boleh dikatakan agak berjayalah sebab dia ada ratus ribu followers plus siap boleh buat promotion bagi kereta Toyota for free tau! Fuh gempaklah!

2 2
sumber: twitter
Doblccbucaatnsv
sumber: twitter

 

Diekori orang tak dikenali!

Tapi disebabkan bisnes dia makin maju dan promotion yang gempak tu, tak pasal-pasal gadis ni katanya telah diikuti oleh orang yang tak dikenali selama dua, tiga hari. Suspek tu siap send gambar dia lalu depan office mangsa lagi. Wuish! 

3
sumber: twitter
Doblcr2Ucaacmaq
sumber: twitter
Doblcr Vsaah5Bq
sumber: twitter

Bimbang takut benda buruk berlaku, mangsa katanya dah buat laporan polis dan kalau nak keluar ke mana-mana, dia memang akan pergi bersama family atau abangnya saja. Tak sangka jual iPhone pun boleh dapat mesej ugutan macam ni.

4
sumber: twitter

 

Netizen tuduh semua ini hanya marketing strategy?

Dah penat-penat gadis tu explain apa yang berlaku kepadanya, netizen pulak tetiba tak percaya dengan apa yang berlaku. Dorang tuduh gadis ni sengaja buat drama dengan kata ada orang nak bunuh dia sebagai marketing strategy untuk melariskan jualan iPhone yang dia buat sekarang.

Laa biar betul? Macam ni pun ada ke? 

K11
sumber: twitter

Kalau tengok dari segi ejaan suspek dengan mangsa, ada betul jugak netizen ni kata. Sebab nampak lebih kurang sama je. Malah mangsa jugak tak upload bukti laporan polis yang dia buat sebelum ni. Hmmm..

Kmark
sumber: twitter

Walau macam manapun, masih ada yang percaya dengan kisah gadis ni dan mintak dia berhati-hati dengan apa yang berlaku. Takutnyaa!

Betul2
sumber: twitter

Bagi admin, ugutan bunuh macam ni memang agak serius kalau mangsa betul-betul terkena. Kena lebih berhati-hati sebab wujud je orang yang dengki berkaitan bisnes ni sampai sanggup membunuh atau kalau nak buat cara halus, dorang santaukan je.

Tapi kalau benda ni salah satu dari teknik marketing mangsa, memang tak patutlah sebab cara macam ni memang akan kena kecam teruk dengan netizen kat luar sana. Bahaya pulak tu main-main dengan ugutan bunuh yang tak pernah berlaku.

Tweet mangsa pun dah dipadam, harap-harap perkara ni taklah dibesar-besarkan lagi kalau sekadar strategy marketing. Be safe ye! 

Baca: Netizen Ditipu Lagi? Iqram Dinzly Mengaku Berkelakuan Aneh Sekadar Gimik Marketing Produk Baru

Iq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.