“Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol

Tambah ke Sumber Pilihan
“Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol

Rakyat Malaysia pasti menggemari dessert penyejuk tekak iaitu cendol yang dibuat menggunakan cendol, ais, santan dan pelbagai bahan lain.

Pun begitu, seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Jepun telah membuatkan netizen Malaysia bingung apabila dia telah memasak sup ramen menggunakan cendol yang dibeli di pasar raya.


“Nak cuba masak ramen!”

Dalam video yang dimuat naik oleh @sora_fula, dia gemar membuat video dirinya mendalami budaya di Malaysia dan kali ini, dia telah membeli cendol yang disangkakan ‘ramen Malaysia’.

Artikel berkaitan: “The real influencer!” – Kolaborasi Khairul Aming & Sofyank Curi Tumpuan, Cerita Keadaan Terkini Di Palestin

Artikel berkaitan: Kecoh 10K Pelajar Tak Ambil SPM, Wanita Nasihat Jadi ‘Influencer’ Kena ‘Educated’

Untuk masakan itu, dia menumis dahulu bawang putih dan tauge sebelum dimasukkan air panas ke dalam kuali. Dia turut meletakkan serbuk sup serta kicap sebagai penambah perisa dan akhir sekali cendol yang telah dibasuh bersih.

Apabila ‘sup ramen’ itu dimakan, dia berasa pelik kerana tekstur cendol itu sangat lembut mungkin kerana ia direbus terlalu lama, jadi dia meminta netizen memberikan tunjuk ajar kepadanya.

“Tu cendol kak!” – Netizen

Bagaimanapun, netizen di ruangan komen ‘menangis’ selepas melihat ‘sup ramen’ yang dimasak oleh pempengaruh tersebut. Mereka menegur wanita itu dan berkata ia adalah cendol yang digunakan dalam dessert sejuk, bukan diletakkan dalam sup panas.

Cendol 1

Cendol 2

Selain itu, ada netizen lain memberikan resipi cendol dan mengajar pempengaruh itu cara untuk membuat dessert tersebut.

Cendol 4 Cendol 33

Adoii.. min pun bingung tengok sup tu.. harap influencer ni boleh belajar cara buat cendol yang sebenar..

Sumber: TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Melanggar hukum cendol” – Netizen Bingung ‘Influencer’ Jepun Masak Sup Ramen Guna Cendol
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/melanggar-hukum-cendol-netizen-bingung-influencer-jepun-masak-sup-ramen-guna-cendol/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM