in

“The real influencer!” – Kolaborasi Khairul Aming & Sofyank Curi Tumpuan, Cerita Keadaan Terkini Di Palestin

Ka 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Khairul Aming dan Sofyank tidak asing lagi di negara kita berikutan kisah kejayaan mereka tersendiri selain cara mereka mempengaruhi orang ramai di media sosial dengan perkara-perkara positif.


Buat pertama kalinya, kedua-dua pempengaruh ini telah berkolaborasi bersama-sama bagi menceritakan sejarah dan keadaan terkini di negara Palestin.

Rafah 12 kali lebih kecil dari negeri Perlis

Video berdurasi 8 minit itu menceritakan tentang sejarah bagaimana negara Palestin diceroboh oleh tentera Israel bermula pada tahun 1917 sehinggalah terjadinya peristiwa Nakbah yang mana ramai saudara seislam kita dibunuh, dicederakan serta dihalau keluar dari tanah air sendiri. Sejak dahulu sehingga ke hari ini, lebih daripada 77% tanah Palestin dirampas oleh Israel.

Artikel berkaitan: “Inilah cara yang betul!” – Netizen Teruja Ms. Rachel Tunjuk Sokongan Buat Palestin

Artikel berkaitan: Respect! Macklemore Buat Lagu Sokong Palestin, Ini Semua Yang Korang Kena Tahu Tentang ‘Hind’s Hall’

Kekejaman Israel semakin menjadi-jadi bermula Oktober 2023 apabila tentera mereka menyuruh rakyat Palestin berpindah ke beberapa kawasan bermula dari utara Gaza, bandar Gaza, Deir El Balah, Khan Yunis dan akhir sekali di Rafah yang kini menempatkan seramai 1.5 juta rakyat Gaza.

Rafah sebelum ni boleh menampung populasi seramai 275,000 orang sahaja dan saiz Rafah juga 12 kali lebih kecil daripada negeri Perlis.

Menurut data, seramai 35,173 rakyat Palestin telah syahid dan 14,500 daripada jumlah tersebut merupakan kanak-kanak. Selain itu, seramai 79,061 orang telah tercedera serta 10,000 orang masih lagi hilang.

Dari segi infrastruktur, 50% rumah telah musnah, 80% fasiliti, 73% sekolah, 83% telaga air dan hampir kesemua pusat perubatan akan ‘lumpuh’.

“All Eyes on Rafah & Jabalia”

Sebelum ini, satu dunia telah memberi tekanan agar genjatan senjata dipersetujui namun Israel masih berdegil malah menyerang kawasan Rafah. Kemudian, tentera Israel menyuruh pula rakyat Gaza berpindah ke ‘zon selamat’ dipanggil Al-Mawasi yang terletak di tepi pantai.

Disebabkan kawasan Al-Mawasi itu tidak besar, jadi Israel menyuruh rakyat Gaza berpindah semula ke Khan Yunis di mana tempat tersebut tiada bekalan air dan telah musnah.

Ini kali ke-7 atau ke-8 rakyat Gaza terpaksa berpindah dalam keadaan berlapar, kesakitan dan kepenatan. Tak semua mampu berpindah ke Rafah, masih ada lebih kurang 250,000 orang yang berlindung di utara Gaza.

Jadi, tentera Israel lagi sekali menyerang di kawasan utara Gaza yang dipanggil kem Jabalia walaupun kawasan itu pernah diserang sebelum ini. Mereka memang nak bersihkan rakyat Palestin dari tanah Gaza. Kalau ni bukan genocide (pembunuhan beramai-ramai) tak tahu la ni apa sebab ni bukan lagi peperangan.

Di Gaza, terdapat tiga laluan utama untuk saluran bantuan asas iaitu dua di bahagian selatan (Rafah) dan satu di bahagian utara. Walaupun satu dunia menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza, kesemua laluan tersebut disekat oleh tentera Israel

Saudara kita bukan sahaja terperangkap di Rafah tapi di bahagian Al-Mawasi, utara Gaza tanpa makanan, perubatan, pakaian dan keperluan asas yang lain. Hari demi hari mereka menderita.

@khairulaming

Semoga kemerdekaan milik 🍉🤲. Ini kolaborasi pertama KA dengan @Sofyank96 dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di 🍉 adalah bukan konflik semata-mata. Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan awareness untuk saudara kita di sana 🙏🏽🍉

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Kolaborasi terbaik Khairul Aming & Sofyank

Kedua-dua pempengaruh ini menggunakan kelebihan masing-masing yang mana Khairul Aming sebagai pencerita manakala Sofyank pula menyunting infografik dalam bentuk 3D menggunakan teknologi ‘Visual Effects’ atau ‘VFX’ bagi memudahkan orang ramai memahaminya dengan jelas.

Menurut Khairul Aming juga, kekejaman yang berlaku ini bukan dipanggil peperangan kerana hanya satu pihak sahaja yang mendapat pelbagai kelebihan dan satu pihak lagi dikurung oleh pihak musuh.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terharu dah menyokong video kreatif yang dihasilkan oleh kedua-dua pempengaruh tersebut.

Ka 1

Terbaik KA dengan Sofyank! Harap influencer lain boleh contohi mereka!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.