in

“Virus tahan selama 49 hari!” – Saintis China Temui Virus Covid-19 Jenis Baru, Pesakit Dijangkiti Lebih Lama Dari Biasa

Virus Baru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kumpulan penyelidik dari China mendakwa bahawa mereka telah menemui virus Covid-19 jenis baru selepas seorang pesakit dilaporkan mengalami jangkitan selama 49 hari.


Menurut Metro, pesakit tersebut alami gejala yang ringan dan saintis berkata tubuhnya diserang ‘keseimbangan dinamik’ dengan virus terbabit.

Virus1

Ujian swab Covid-19 menunjukkan pesakit itu ‘simpan’ virus tersebut dalam pernafasannya melalui titisan (droplet) selama 49 hari. Kebiasaannya kalau ikutkan purata, virus itu akan kekal selama 20 hari atau paling lama yang direkodkan sebelum ini adalah selama 37 hari.

Pesakit itu telah pergi ke hospital di Wuhan untuk menjalani pemeriksaan pada 8 Februari lalu selepas mengalami demam ringan selama seminggu berturut-turut. Namun, dia dilaporkan tidak mempunyai gejala lain berkaitan dengan Covid-19 seperti batuk.

Virus4

Doktor juga mengesahkan dia mempunyai luka jangkitan pada paru-parunya namun telah pulih tidak lama selepas diberi rawatan sepatutnya. Walaupun skala jangkitan Covid-19 dia tinggi namun indikator sel imunnya dilaporkan kekal stabil.

Doktor dikatakan mengepam pesakit itu dengan plasma dari seseorang yang telah sembuh daripada Covid-19 dan berjaya membangunkan antibodi untuk penyakit yang ada padanya.

Virus2

Difahamkan, pesakit telah disuntik dengan darah mangsa Covid-19 yang sudah pulih untuk menyembuhkannya. Selain itu, kumpulan penyelidik ini juga berkata, tindakan itu mungkin boleh menjadikan tubuhnya lebih sukar untuk melawan virus.

Alaaa Covid-19 pun belum settle ni, virus baru pulak! Smiley Cry

Baca: “Mungkin boleh cuba di Malaysia” – Ni Cara Korea Selatan Buat Ujian Saringan COVID-19 Untuk Elak Pembaziran PPE

Feature 3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.