in

“Meh kat ayah meh” – Kembar ‘Menyamar’ Jadi Bapa, Anak Saudara Confuse Terus Bila Nampak Ayah Sendiri

Page Kembar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, anak-anak kecil ni sering mengalami kesukaran untuk bersama dengan orang lain selain ibu bapanya sendiri. Ini kerana, mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama dengan keluarga yang terdekat sahaja.


Tapi, pernah tak korang terfikir kalau bapa atau ibu anak kecil itu mempunyai pasangan kembar? Macam yang kita tahu, hampir tak terkira jumlah adik beradik yang dilahirkan sebagai pasangan kembar. Apatah lagi kalau pasangan kembar seiras, susah nak bezakan kalau sekali pandang sahaja.

Seperti satu video Tiktok dari @fatinafikah1, dia telahpun pergi berkelah bersama dengan keluarga besarnya. Pengguna TikTok yang hanya dikenali sebagai Fatin itu merakam satu situasi melibatkan anak buahnya yang digelar Anas. Di hujung video itu, Anas kelihatan keliru kerana tidak tahu mana satu bapanya yang sebenarnya!

@fatinafikah1

Twin problem? anak pon tertukar bapa ya! #fyp #fypage #SlothToBoss

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod

Ini kerana, Anas keliru disebabkan oleh bapa saudaranya yang juga merupakan kembar kepada ayahnya ‘menyamar’ menjadi ayah kandungnya. Boleh dilihat dalam video itu, ayah kandungnya menyorok di dalam khemah manakala bapa saudaranya seakan mengacah untuk mengangkat anak buahnya.

Tidak semena-mena, Anas merengek sebab ingin mengikuti bapa saudaranya. Tidak lama kemudian, ayah kandungnya tunjukkan muka di pintu khemah namun anaknya seakan keliru dengan memandang kedua-dua bapa saudara dan juga ayahnya.

Kembar 1

Kembar 2

Kembar 3

Tambah mencuri perhatian, Anas tetap mahu didukung oleh bapa saudaranya walaupun ayah kandungnya telah tunjukkan diri. Perkara itu menimbulkan rasa geli hati ahli keluarga mereka sendiri dan juga netizen di bahagian komen.

Mungkin sebab Anas masih kecil kan? Susah nak bezakan mana satu ayah sendiri. Ye lah, Min tengok ayah Anas dengan pakcik dia pun confused!

Baca: [VIDEO] Nasib Anak Jenis Tidur Dalam Buai, Keluarga Ini Pasang Buaian Dalam Kereta Masa Balik Kampung

Feature Buai Full

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.