in

“Kuat firasat ibu” – Dimarahi Cikgu Sebab Belum Pandai Membaca, Luahan Murid Ini Bikin Sebak

Baca 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain guru, peranan ibu bapa sangatlah penting bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Anak pendam sesuatu, tapi firasat ibu kuat

Satu perkongsian video oleh @june_erniey di TikTok, memaparkan anak perempuannya yang sedih kerana dimarahi cikgu gara-gara tidak lancar membaca.


Pada mulanya, June mendapat firasat bahawa anaknya sedang memendam sesuatu setelah pulang dari sekolah. Sudah ditanya beberapa kali, namun anak perempuannya hanya tersenyum seperti tiada apa yang terjadi.

Artikel berkaitan: “Adik hebat!” – Netizen Puji Ibu Pujuk Anak Menangis, Sedih Sebab Tak Dapat Jawatan Pengawas

Artikel berkaitan: Anak Sulung Menangis Dapat ‘Surprise’ Hari Jadi, Bapa Hadiahkan Kek Walau Belum Dapat Gaji

Dia cuba sembunyikan tapi ibu tau adik tak gembira. Dia harapkan ibu tanya lagi perasaan dia dan baru adik buka mulut bercerita. Sebab dia tahu tekaan ibu biasanya tepat.

Masa ni, anak perempuannya mula bergenang air mata dan perlahan-lahan mengangguk dirinya dimarahi dan dirotan cikgu kerana tidak mahir membaca. Bagaimanapun, June mahu mendengar penjelasan daripada anak dan cikgunya di sekolah.

Ibu akan tanya cikgu apa masalah.. ibu sebenarnya tak kisah pasal rotan. Kalau salah rotan jelah tapi ibu kena tahu apa salah adik buat. Nanti ibu mesej cikgu. Kalau betul salah adik, ibu tak boleh salahkan cikgu..

@june_erniey

Kerana aku seorang ibu, ibu masih blm sihat sepenuhnya, tapi tugas ibu nak handle anak2 ibu tu tetap ibu jalankan tak pernah dpt cuti, wlpn ibu tak sihat, masih lagi fasa kuat nangis adik nie,tapi cubaan nak sorok perasaan tu mmg tak kn pernah berjaya, sbb allah mmg hadirkan firasat pada sorg ibu apa sahaja tentang anak2. Ibu nak adik tau perjalanan hidup kita now tak boleh lagi nak manja2 sangat, kuatkan semangat utk kejayaan masa depan. #haylaelvina #mykidsrmyworld #kidsbelike #housewifereallife

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Ibu bagi semangat untuk anak

Walaupun sedih melihat anaknya sebegitu, June tetap memberikan nasihat supaya anaknya sentiasa kuat semangat serta mengakui salah sendiri.

Nak nangis boleh tapi biar berpada-pada. Kalau sebab cikgu nak bagi ilmu.. kuatkan semangat, belajar sungguh-sungguh. Adik mesti boleh berjaya. Kalau betul salah, kena mengaku salah kita.

Ramai netizen di ruangan komen memuji cara ibu tersebut menasihati anaknya.

Baca 1 Baca 2

Takpe dik.. slow-slow belajar okay? Mesti boleh punya!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.