in

[VIDEO] Nasib Anak Jenis Tidur Dalam Buai, Keluarga Ini Pasang Buaian Dalam Kereta Masa Balik Kampung

Feature Buai Full E1651887062331

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti rentas negeri bagi percutian dan balik kampung masih lagi aktif semenjak 11 Oktober lalu. Terlihat sudah ramai yang mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman, bertemu yang tersayang dan ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk menikmati percutian.


Bercakap tentang rentas negeri, keluarga ini dengan kreatifnya memasang buaian di dalam kereta ketika dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengelak anak meragam tidur.

Menerusi video yang dikongsikan di laman TikTok milik Nurdalilah tersebut, keluarga ini menggantung buaian tersebut di kedua-dua belah pemegang bahagian tempat duduk belakang kereta.

@ahdkk.eila

yang ni jaa jalan dia ?? #foryou #fyp #foryoupage #anakmama #rentasnegeri #balikkampung #masukberanda #sukamerap #esekeli #viral

♬ nhạc nền – TrungBau1992 – TrungBau1992

Video kreatif ini telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang berkongsikan pengalaman yang sama, anak tak suka tidur tak berbuai. Ini kerana mereka berasa lebih selesa untuk tidur di dalam buai berbanding tidur di dalam car seat atau di pangku ibu semasa dalam kereta.

Komen Buai

Ada yang ingin mencuba idea keluarga ini. Tetapi ada juga yang memberi nasihat agar tidak mengajar anak untuk biasakan diri tidur di dalam buai. Katanya nanti mereka akan mudah meragam kalau tak diberi tidur di dalam buaian.

Komen Buai Full

Bukan itu sahaja, aspek keselamatan juga disebut-sebut oleh para netizen di bahagian komen. Mereka berkata menggunakan car seat lebih selamat berbanding buaian yang dibuat sendiri itu.

Ingat ya, kita boleh jadi kreatif tapi kenalah berpada-pada dan fikirkan aspek keselamatan juga..

Baca: Netizen Teruja Tengok Kereta Hampir Roboh, Tapi Masih Steady Bawak Atas Jalan

Baca Buai

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.