“Mcm mana kau boleh tidur dgn tenang?” – Anjing Dibuang Cuba Kejar Balik, ‘Owner’ Langgar & Terus ‘Blah’

Tambah ke Sumber Pilihan
“Mcm mana kau boleh tidur dgn tenang?” – Anjing Dibuang Cuba Kejar Balik, ‘Owner’ Langgar & Terus ‘Blah’

Dah bela tapi lepas tu sanggup buang? Bukan setakat tinggalkan tepi jalan tapi pemilik seekor anjing baru-baru ini dikatakan tidak berhati perut dan tiada belas kasihan. Melalui Facebook, Noah’s Ark Natural Animal Shelter berkongsi tentang kejadian yang berlaku semalam di mana seekor anjing mati akibat dilanggar pemiliknya sendiri.

Menurut saksi, terdapat 2 individu di dalam sebuah Myvi berwarna putih yang memandu ke kawasan itu dan menolak anjing tersebut keluar dari kereta.


Anjing tersebut kemudian cuba mengejar semula kereta pemilik yang baru saja membuangnya itu namun anjing itu kemudian dilanggar dan pemiliknya langsung tidak mempedulikan serta terus memandu laju, lari dari kawasan tersebut.

Anjing1Sumber: Facebook

Malangnya, anjing itu tidak dapat diselamatkan dan mati serta merta di tempat kejadian kerana pendarahan dalaman yang teruk.

Pemilik tempat perlindungan haiwan itu, Uncle Raymund kemudian mengalihkan anjing tersebut ke tepi bagi mengelakkan ia dilanggar oleh kereta lain pula.

Kami dapat bayangkan detik-detik akhir anjing ini sebelum dia mati penuh girang dan gembira kerana dibawa berjalan di dalam kereta oleh orang yang dia percaya namun sebaliknya dia dikhianati di saat akhir.”

Anjing2Sumber: Facebook

Anjing itu kemudian di tanam dan mereka turut menanam anak pokok di atas kuburnya. Posting tersebut mendapat banyak komen dan menimbulkan rasa marah ramai pencinta haiwan yang lain.

Mereka berasa sedih dengan nasib anjing itu dan turut mengecam tindakan pemiliknya kerana tergamak membuang serta melanggarnya hingga mati.

Baca: “Dia tak pernah tinggalkan hospital” – SEDIH! Owner Dah Meninggal 3 Bulan Sebab Covid-19 Tapi Anjing Ni Masih Setia Tunggu Tuannya

Wuhan 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Mcm mana kau boleh tidur dgn tenang?” – Anjing Dibuang Cuba Kejar Balik, ‘Owner’ Langgar & Terus ‘Blah’
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/mcm-mana-kau-boleh-tidur-dgn-tenang-anjing-dibuang-cuba-kejar-balik-owner-langgar-terus-blah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM