in ,

“Dia tak pernah tinggalkan hospital” – SEDIH! Owner Dah Meninggal 3 Bulan Sebab Covid-19 Tapi Anjing Ni Masih Setia Tunggu Tuannya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang yang ada haiwan peliharan mesti tau macam mana hubungan akrabnya dengan haiwan peliharan mereka. Tak kira haiwan jenis apa pun mesti rasa kasih dan sayang tu tetap ada.


Kadang-kadang kalau dah lama tak jumpa perasaan rindu tu macam rindu dengan manusia.

Macam yang berlaku di Wuhan, seekor anjing yang dipercayai berusia 7 tahun dinamakan Xiao Bao setia menunggu tuannya di lobi hospital Wuhan selama 3 bulan. Namun, apa yang menyedihkan tuannya itu dah lama meninggal dunia akibat Covid-19, lapor Daily Mail.

Pada awalnya, anjing tu datang sendiri ke hospital Wuhan sebab tuannya yang merupakan seorang warga tua dirawat di hospital berkenaan pada Februari lalu.

Dikhabarkan pemilik anjing ini telah meninggal dunia selepas 5 hari dirawat di hospital berkenaan tapi anjing ini tetap untuk menunggu tuannya.

Alahhh sedihnya…

Sepanjang di hospital, anjing ini telah diberi makan oleh kakitangan hospital sehingga lah perintah lockdown dicabut di Wuhan.

Dalam pada itu, seorang penjaga kedai telah menjaga anjing ini dan dia perasan yang anjing ini tak pernah tinggalkan hospital.

“Dia tak pernah tinggalkan hospital. Ianya sangat menyentuh hati dan setia” 

Pemilik kedai itu juga berkata, walaupun dia sudah meletak jauh anjing ini daripada kawasan hospital tapi anjing ini masih lagi berpatah balik dan mengharap kepulangan tuannya.

Namun, anjing ini sudah selamat dihantar ke tempat perlindungan anjing.

Baca : “Weh ending dia” – Cubaan Wanita Ini Selamatkan Anjing Jalanan Buat Netizen Sebak Sebab…

Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail
Sumber: DailyMail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.