“Dalam tengah bala pun tak sedar lagi!”- Netizen Bengang Kes Intai & Rakam Wanita Mandi Di PPS

Tambah ke Sumber Pilihan
“Dalam tengah bala pun tak sedar lagi!”- Netizen Bengang Kes Intai & Rakam Wanita Mandi Di PPS

Portal Info Bencana Kebajikan Masyarakat (JKM) telah berkongsikan statistik mangsa banjir yang direkodkan setakat ini meningkat daripada 24, 533 orang kepada 24, 647 orang mangsa.

Rekod tersebut difahamkan meningkat susulan jumlah mangsa banjir di beberapa kawasan berisiko. Justeru, sebanyak 134 buah pusat pemindahan sementara (PPS) telah pun dibuka di seluruh kawasan negeri Selangor.


Namun begitu, satu berita kurang enak telah pun tersebar baru-baru ini sehingga mengundang kemarahan para netizen di kala masing-masing sedang sibuk dengan isu bencana banjir yang berlaku.

Sebuah rakaman berdurasi 37 saat yang memperdengar satu pengumuman tentang kes intai & rakam wanita mandi di PPS telah pun tular di laman Facebook kelmarin.

Video rakaman itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun Saudagar Kayangan. Kejadian dipercayai berlaku di PPS USJ 23, Subang Jaya dan dikatakan suspek telah merakam video wanita mandi itu menggunakan telefon pintar.

Rakaman yang mendapat sebanyak 42 ribu tontonan itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen. Ramai yang tidak menyangka ada juga manusia yang sanggup mengambil kesempatan ketika orang lain sedang sibuk risau hadapi bencana ini.

Komen PpsSumber: Facebook

Menurut pengumuman di dalam video tersebut, suspek dipercayai masih belum ditangkap dan dua orang polis telah pun dipertanggungjawab untuk membantu mencari suspek. Orang ramai terutamanya golongan wanita juga dinasihati untuk sentiasa berjaga-jaga dan peka ketika berada di kawasan bilik air PPS tersebut.

Baca: Mangsa Banjir Kembali Risau, MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Beberapa Negeri

Baca Pps

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izatul Azman
Lagi tulisan Izatul
Bonjour, nama penuh saya ialah Nur Izatul Najwa binti Azman tetapi lebih dikenali sebagai Wawa, berumur 23 tahun. Saya berasal dari Johor dan merupakan pelajar tahun akhir Bacelor Bahasa Asing (Perancis) di Universiti Putra Malaysia. Saya seorang yang sukakan cabaran dan suka mencuba benda baru.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Dalam tengah bala pun tak sedar lagi!”- Netizen Bengang Kes Intai & Rakam Wanita Mandi Di PPS
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dalam-tengah-bala-pun-tak-sedar-lagi-netizen-bengang-kes-intai-rakam-wanita-mandi-di-pps-1/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM