Selepas 30 tahun melancarkan ‘McJordan’ iaitu kolaborasi bersama dengan lagenda bola keranjang dunia Michael Jordan, kini McDonald kembali mempromosikan kolaborasi bersama bintang rap terkenal, Travis Scott.
Menurut CNN, calon anugerah Grammy itu sangat menyukai Quarter Pounders bersama keju milik McDonald sehinggakan syarikat itu memutuskan untuk bekerjasama dengan Travis Scott dan menamakan burger itu sempena nama dia dalam masa yang terhad. Ia akan diberi nama sebagai ‘Travis Scott Meal’. Wow!
McDonald turut mengesahkan kerjasama dengan Scott dan label rakamannya, Cactus Jack, di Twitter, dan turut mengumumkan promosi ini akan berlangsung selama sebulan, yang bermula Selasa minggu hadapan dan akan berakhir pada 4 Oktober tahun ini
CACTUS JACK FOR MCDONALD’S https://t.co/48HdxmgwO4 pic.twitter.com/ke0a7U9g4n
— TRAVIS SCOTT (@trvisXX) September 3, 2020
https://www.instagram.com/p/CErWdPTD1lT/?igshid=mj373bxpc8j7
Jika sebelum ini McDonald juga pernah berkolaborasi bersama pemain lagenda bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan, jadi Travis Scott merupakan artis pertama yang dapat bekerjasama dengan McDonald selepas ia dilakukan pada 30 tahun lepas.
Selain artis, McDonald turut terkenal dengan bekerjasama pelbagai rancangan television, sukan rasmi termasuklah siri animasi Jepun terkenal, Naruto dan Hello Kitty. Wow, dengan Naruto pun buat collab eh?
Diharapkan takde orang resell burger ni dengan harga macam dekat Tel Aviv lah ye…
Baca: Terlampau Bosan – [VIDEO] Comel! Dua Beradik Drive Thru Mcd Pakai Kereta Mainan