in

‘Terlampau Bosan’ – [VIDEO] Comel! Dua Beradik Drive Thru Mcd Pakai Kereta Mainan

F.mcd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semestinya arahan perintah berkurung membuatkan semua orang bosan dirumah, namun akibat terlampau bosan berada di rumah, dua beradik ini mengambil keputusan yang agak ‘gila’ untuk memesan burger secara pandu lalu dengan menaiki kereta mainan…whaaatt!


Pada awalnya, mereka bercadang untuk hanya pergi secara bersendirian dan meminjam kereta mainan itu dari pengasuh mereka, itu pun kerana ibu mereka tidak mahu membawa mereka untuk membeli burger sebab takut orang ramai.

Tetapi, ibunya kemudian nya bersetuju dan membenarkan mereka menaiki kereta mainan tersebut sambil ditemani olehnya.

Carfood

Sepanjang perjalanan tersebut, ibunya hanya merakam gelagat anak anaknya. Menurut FoxNews ibunya tidak menyangka bahawa anak anaknya itu benar-benar akan melakukannya walaupun keadaan ketika itu tengah hujan.

Cozy2

Cozy3

Apa yang lebih menarik, kehadiran dua beradik yang ‘santai’ datang menaiki kereta mainan ini mengejutkan pekerja di bahagian pandu lalu itu.

Akhirnya, pekerja tersebut hanya memberikan makanan yang mereka idamkan itu secara percuma!

Awhhhh shoo sweett..

 

Baca: ‘Tak kesah lah yang penting aku nak gelak’ – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Remaja Sakat Budak Kecil Main Meriam Tin Dekat Kampung

Capture 3

Sumber: FoxNews
Sumber: FoxNews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.