Nama kugiran The 1975 terus menghantui dunia selepas mereka membuat onar ketika Good Vibes Festival yang diadakan di Sepang beberapa minggu yang lalu. Selepas membatalkan siri konsert di beberapa buah negara, The 1975 tampil membuat konsert di Lollapalooza, Chicago, Amerika Syarikat.
Memetik laporan Billboard, penyanyi The 1975, Matty Healy tampil pada konsert itu dengan memaklumkan yang kumpulan beliau telah digam dari membuat persembahan di Malaysia susulan insiden kelakukan tidak senonoh ketika Good Vibes Festival.
Sebelum memulakan lagu, Healy sempat memberikan sekata dua mengenai pengalamannya di Malaysia sebelum dipotong oleh ahli kumpulannya yang lain.
You want my travel tip? Don’t go to…
Antara permulaan setiap lagu, Healy sempat memerli media Malaysia sambil bergurau, “Apa yang akan kita lakukan tanpa sedikit drama, kan?”.
Ketika persembahan, Healy turut turun dari pentas untuk memeluk salah seorang wira muziknya, penyanyi dan gitaris Blink-182, Tom DeLonge.
Healy terus menyanyikan lagu sambil memeluk mikrofon dan sebatang rokok di tangan kanannya. Healy berhenti seketika untuk memberitahu Tom, “Saya sangat sayangkan awak”.
Baca: Pengurus The 1975 Enggan Beri Kerjasama, Punca Tindakan Matty Healy Lambat Dihentikan – FSA