in

“Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah” – Pesakit-pesakit Coronavirus Kongsi Simptom Penyakit

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gelombang kedua Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan lebih-lebih lagi, semalam je sebanyak 12 kes baru menjadikan angka pesakit yang terkena jangkitan Covid-19 ini meningkat ke 129.


Namun setakat ini, kita tak dengar lagi pengalaman macam mana pesakit-pesakit ini rasa bila dorang dijangkiti oleh virus ini. Oleh itu, Daily Star telah kongsikan pengalaman lima pesakit yang pernah dijangkiti dan setiap seorang mempunyai simptom yang berlainan.

“Sakit kepala, sakit tekak, rasa penat”

0 Woman With Coronavirus Urges Others To Calm Down As Its Just Like Jet Lag

Minggu lepas, Bridget Wilkins, wanita dari London ini telah terbang ke Australia melalui Singapura bagi menghadiri perkahwinan rakannya. Wanita ini kini dikuarantinkan di Hospital Brisbane selepas dia disahkan positif coronavirus.

Bridget menerangkan, simptom yang dia rasai termasuklah sakit kepala, sakit tekak dan rasa penat. Malah, dia tak sedar pun yang dia dah dijangkiti oleh virus ini dan menyangka yang dia rasa macam ni disebabkan oleh jetlag.

Kita memang patut berjaga-jaga. Lagi-lagi orang yang berusia dan orang yang berpenyakit. Tapi untuk orang macam saya, ia hanyalah macam selesema yang lama.”

“Mata rasa terbakar, kepala macam nak pecah”

0 Js208233270

Lelaki dari North Wales, Connor Reed yang tinggal di Wuhan ini adalah antara lelaki British pertama yang terkena coronavirus.

Pada awalnya, lelaki ini ingatkan yang dia alami selesema teruk lepas dia dijangkiti penyakit ini pada November, sebulan sebelum pihak berkuasa di sana mengumumkan tentang wabak ini.

Lepas sakitnya tak kebah lepas 24 hari, hospital yang merawat lelaki ini beritahu yang dia adalah antara orang pertama yang mendapat organisma coronavirus yang terbaru dikenali sebagai Covid-19.

Guru berusia 25 tahun ini merekodkan dalam diarinya mengatakan pada awalnya sakit dia hanya macam selesema biasa tapi makin lama makin teruk.

Dah tak macam demam. Saya sakit seluruh badan. Kepala macam nak pecah, mata rasa terbakar, tekak rasa sempit.”

Pada hari ke-11, selesemanya hilang tapi keeseokan harinya tiba-tiba dia sakit balik.

Saya berpeluh, badan panas, pening menggigil. Saya tak boleh minum air dan bila saya bernafas, paru-paru bunyi macam kertas yang dikeronyok.”

“Demam dan tak boleh makan”

Jaimuay Sae-ung, wanita berusia 73 tahun dan wanita Thai pertama yang dijangkiti Coronavirus. Walaupun mempunyai beberapa penyakit sebelum ini, Jaimuay berjaya pulih selepas mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di Thailand.

Simptom yang dialami warga emas ini termasuklah demam dan batuk teruk. Namun, ketika dia dikuarantin, dia telah mendapat jangkitan paru-paru hingga keluarga merasakan yang dia tak akan selamat.

Saya tahu saya ada coronavirus lepas datang hospital. Saya rasa sedih, terkejut, penat dan tak boleh nak makan.”

“Demam je”

Seorang lelaki yang tak mahu dikenali telah dirawat di hospital Ireland lepas pulang dari percutian. Dia perasan yang suhu badannya meningkat lepas dia balik.

Simptom yang saya dapat hanyalah demam. Saya tak ada masalah pernafasan, apa-apa radang paru-paru, batuk atau bersin. Hanya demam.”

Lelaki ini menambah, lepas dua hari dia kini dah sihat dan hanya di hospital untuk diperiksa.

“Hampir pengsan, setiap roma pada badan saya terbuka”

0 Coronavirus

Pasangan dari Oxfordshire, David dan Sally Abel dijangkiti coronavirus lepas kapal persiaran yang dinaiki dikuarantin di Jepun.

Pasangan ini adalah antara penumpang yang menaiki Diamond Princess dan dirawat di hospital lepas disahkan positif coronavirus semasa ditahan di dalam kabin kapal.

Di luar hospital, saya rasa pelik dan hampir pengsan. Setiap roma pada badan terbuka dan saya ditolak ke bilik dengan kerusi roda.”

Dari pengalaman-pengalaman ni, kita memang boleh tengok setiap orang lain simptomnya, ada yang teruk ada yang biasa. So make sure korang alert dengan badan korang and kalau rasa tak sihat tu, cepat-cepatlah pergi check ok?

 

Baca: COVID-19: KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara Lepas Dapat Tahu Salah Seorang Pelawat Positif Coronavirus

Collage 23

Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.