in

COVID-19: KWSP Jalan Raja Laut Ditutup Sementara Lepas Dapat Tahu Salah Seorang Pelawat Positif Coronavirus

Collage 23

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ibu Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengesahkan yang cawangan mereka di Jalan Raja Laut telah tercemar dengan virus Covid-19 pada 27 Februari lalu.


Menurut  The Star, cawangan ini sekarang telah ditutup buat sementara waktu supaya proses pembersihan dan pembasmian boleh dijalankan dan akan dibuka semula pada 16 Mac 2020.

Epf Office At Jalan Raja Laut Temporarily Closed Down After A Visit From Coronavirus Positive Individual World Of Buzz 6 768X431 1

Dilaporkan, cawangan ini terdedah dengan Covid-19 selepas seorang pelawat yang disahkan positif telah masuk ke cawangan ini pada 27 Februari lalu dari pukul 2pm-2.30pm.

Walaupun jangka masa pelawat ini tak lama, orang-orang yang berada di kawasan tersebut mempunyai risiko yang tinggi untuk terdedah dengan virus ini.

Dalam kenyataan rasmi, Ibu Pejabat KWSP mengatakan yang salah seorang pekerja mereka telah berada dalam kontak rapat dengan pelawat tersebut dan dia telah dihantar periksa manakala pekerja-pekerja lain telah diarahkan untuk kuarantin.

Cawangan KWSP Jalan Raja Laut juga akan turut melakukan protokal pembersihan dengan teliti bagi memastikan premis mereka selamat untuk orang awam.

Epf Office At Jalan Raja Laut Temporarily Closed Down After A Visit From Coronavirus Positive Individual World Of Buzz 7

“Semua kaunter dan permukaan lain akan dibersihkan sepanjang hari dan pekerja perlu membasuh tangan mereka setiap 30 minit.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, pelawat dan pekerja perlu menjalani pemeriksaan suhu sebelum masuk ke dalam premis KWSP.”

KWSP juga menasihatkan ahli-ahlinya untuk membuat i-Akaun bagi apa-apa transaksi supaya mereka tak perlu berjumpa dengan pekerja secara depan-depan.

 

Baca: [TERKINI] Malaysia Kedua Paling TERUK Di Asia Tenggara Lepas Angka Covid-19 Meningkat Ke 117 Kes, 2 KRITIKAL

Collage 19

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.