in

“Mata nenek ni nampak takut” – Wanita Sengaja Cubit Buah Dada, Cucuk Pipi & Bengkokkan Jari Nenek Depan Public

Poke

Macam kanak-kanak, bila orang ibu bapa kita semakin tua, mereka memerlukan bantuan kita untuk uruskan makan minum dan makan pakainya. Ada masanya, memang tak mudah nak buat semua benda ni, tapi masa dorang jaga kita selama bertahun-tahun pun sama susahnya.

Macam dekat Singapura ni, seorang individu melihat seorang wanita pertengahan tahun melayan wanita tua di dalam kerusi roda dengan kasar di Geylang Bahru Market and Food Centre pada Sabtu 29 Jun.

Individu yang hanya dikenali sebagai Elizabeth ini memberitahu Stomp yang dia bekerja di salah satu gerai di sana bersama suaminya ketika dia menyaksikan seorang wanita muda menyucuk pipi orang tua tersebut dengan agresif selepas memberinya makanan. Dia kemudiannya mencubit dan memicit buah dada orang tua ini tanpa sebab yang jelas.

Poke2

“Saya terlihat wanita itu menyucuk pipi orang tua itu dengan agresif kemudian dia bengkokkan jari dan cubit tangannya.”

Ketika itu barulah saya mula rakam perbuatannya. Macam yang boleh tengok dalam video tu, wanita itu mencubit buah dada orang tua tersebut dari pukul 7.16pm sampai 7.22pm ketika dorang beredar.”

Sebab kenapa wanita ini buat macam tu terhadap wanita tua tersebut tak diketahui, tapi dia mungkin orang gaji atau kawan anak orang tua itu. Dalam video ini, orang tua tersebut dilihat duduk di kerusi roda dan hanya redha apabila wanita muda menolak botol air ke dalam mulutnya dengan kasar hingga kepala wanita tua itu tertolak ke belakang.

Tak cukup dengan tu, wanita ini dengan kasarnya memasukkan jarinya ke dalam mulut orang tua tersebut beberapa kali untuk mengeluarkan makanan dari mulutnya.

Pokw

“Wanita ini mengeluarkan makanan dari mulut orang tua itu tapi cara dia yang kasar tu memang tak boleh diterima langsung!”

Wanita tua ini duduk diam je, tak ada bunyi langsung keluar dari mulutnya. Hanya ketakutan je yang nampak dalam mata dia. Suami wanita tua dekat sebelah tu pun nampak berkerut dan stress.”

“Kalau dekat tempat awam pun wanita ni dah berani buat macam ni. Bayangkan apa yang dia buat dekat rumah.”

Elizabeth ada terfikir nak sound wanita muda ini, tapi dia tak tahu macam mana reaksi wanita itu so dia tahan diri dia. Bagaimanapun, dia ada buat menelefon polis untuk melihat kalau dia boleh buat laporan.

是誰家的媽媽?地点:新加坡 Geylang Bahru Market and Food CentreWhat if this was your mother? Woman pinches ah ma's breast, pushes water bottle and shoves fingers into her mouth at Geylang Bahru Market and Food Centre視頻转自《STOMP》

Posted by JB情報网 on Monday, July 1, 2019

“Polis berkata yang kalau saya call masa dorang ada lagi kat situ, bolehlah dorang datang tengok. Dorang cakap jugak, lebih baik kalau keluarga wanita tua ini buat laporan polis sendiri.”

“Saya tak nak benda ni jadi dekat ibu bapa saya.”

Kejam betul. Kalau tak boleh jaga cakaplah tak boleh jaga. Janganlah buat macam ni.

Baca: Biadap! Kantoi Penjaga Lempang Orang Tua 101 Tahun Masa Bilik Rumah Tengah Tak Ada Orang

Screenshot 2019 07 02 At 4.26.41 Pm