in

Biadap! Kantoi Penjaga Lempang Orang Tua 101 Tahun Masa Bilik Rumah Tengah Tak Ada Orang

Penjaga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sadis! Seorang wanita ditangkap kerana menampar pesakit dementia berumur 101 tahun yang terlantar sakit, ia terbongkar apabila perbuatan tak berhati perut itu dirakamkan melalui kamera tersembunyi.


Selain menampar, rakaman itu juga menunjukkan Ashikiah Reid memukul, menolak dengan kasar orang tua malang itu di rumahnya di West Midland.

Nasib baik lah ahli kelaurga ni jenis alert dalam bab-bab penjagaan orang tua mereka ni.

 

Tolak, tampar sampai pesakit menangis

Dalam rakaman yang didedahkan oleh pihak polis, Reid yang memakai uniform lengkap penjaga sedang berdiri di sebelah orang tua tersebut.

Dalam video tersebut, orang tu itu menaikkan tanggannya kemudia Reid tolak dengan cara kasar, kemudian menamparnya.

Bagaimanapun, Mirror Online melaporkan bahawa Reid telah pun dipenjarakan selama 8 bulan selepas disabitkan bersalah dalam 2 kes mengasari orang sakit.

Sepatutnya ada 2 orang penjaga tapi pada pagi kejadian tersebut lagi sorang masih belum sampai lagi untuk mandikan pesakit tu.

Kamera tertutup itu mula dipasang selepas ahli keluar perasan ada kesan lebam pada mangsa. Menurut pendakwa raya Scott Jones, ahli keluarga tak dapat nak percaya dengan apa yang berlaku.

” Langsung tak adabelas kasihan. Tak komunikasi dengan pesakit tentang apa yang sedang berlaku. Cara dia sangat kasar. “

Reid mengasari pesakit tu sangat teruk sampai orang tua tersebut menangis kesakitan. Selepas mereka melihat rakaman tu, ahli keluarganya terus hubungi syarikat jagaan.

 

Dipecat dan ditangkap

0 Swns Carer Abuse 05

Reid dipecat selepas mereka tunjukkan rakaman ini kepada pengurusnya. Difahamkan, mangsa sekarang berada dalam ketakutan dengan penjaga baru.

Tambah Scott lagi, ahli keluarganya begitu terkilan bila mengetahui hal ini, sebab pada waktu mangsa dikasari itu, mereka ada di dalam rumah.

Menurut menantu mangsa, apa yang terjadi ini telah menyebabkan keselamatan dan kebahagiaan dia terganggu.

“Dia jaga tanpa sebarang bantuan telah bertentangan dengan pelan penjagaan. Semasa Reid berbuat demikian, dia sangat kasar.”

“Kini dia kadang-kadang berterik, apa yang dia telah lakukan pada ibu mertua saya ni telah menyebabkan dia rasa tak tenteram bila duduk di rumah sendiri.”

“Dia ni wanita tua yang lemah, kerana umurnya yang sangat tua”

Pun begitu, pembela menjelaskan bahaea Reid bekerja dalam bidang penjagaan ini tanpa sengaja dan tidak banyak menejalani latihan formal.

 

Baca : Warga emas dipaksa minum air kencing, dipukul dan dibiar kelaparan”- Kejam! Sebuah Pusat Jagaan Orang Tua Catat 16 Kematian Sejak 2017

Orangtua

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.