in

[VIDEO] Tengah Hari Buta Pergi Sauk Ikan, Budak Ni Buat Ramai Rindu Childhood

Fi Comel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang dulu masa kecik-kecik sempat tak merasa duduk kampung? Main masak-masak, main kahwin-kahwin, mandi sungai, tangkap ikan, sempat tak? Ke korang terlalu ‘gen-z’ untuk semua tu?



Kalau korang pernah, mesti korang rindu kan zaman kecil dulu. Tak payah stress fikir kerja, hari-hari pergi main je dengan kawan-kawan. Rindunya!

Satu video perkongsian di laman TikTok oleh seorang ibu ini telah membuat ramai yang terhibur dengan gelagat si kecil ini yang tak kenal waktu panas terik. Nak juga pergi sauk ikan!

@cekk.co

#fypシ #fypdongggggggg #insanistimewa #budaksekolah #babyboyy #7year

♬ bunyi asal – nur athirah irsalina ❤️ – nur athirah irsalina ❤️

Perkongsian yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @cekk.co atau nama sebenar Nur Athirah Irsalina ini telah berjaya buat ramai terhibur dengan gelagat dan keletah anak lelakinya yang dilihat sedang sauk ikan masa tengah hari buta!

“Petang-petang sikit, takdok ikang lagi, ikang tido”

Walaupun dalam keadaan panas terik tengah hari, anak lelakinya yang dipercayai berusia tujuh tahun itu terlihat tetap ingin menyauk ikan. Jenuh si ibu nak pujuk anaknya balik rumah!

Video berdurasi 23 saat itu telah berjaya membuat hampir 3 juta penonton terhibur melihat gelagat si comel itu! Di ruangan komen pula, selain menzahirkan rasa terhibur akan keletahnya, ramai juga yang rindu zaman kanak-kanak masing-masing katanya.

Media Comel

Min pun terhibur dik bila mak awak cakap ikan tidur!

Baca: [VIDEO] Netizen Cair Tengok Bayi Comel Bisik Dekat Ayah Minta Susu

Baca Comel

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.