in

Terkenal Parodi ‘Childhood’, Ryan Bakery Kongsi Kisah Inspirasi Jadi Influencer Lepas Dibuang Kerja Akibat Pandemik

Ft Ryan Bakery

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau kita scroll TikTok, pasti dekat fyp kita ada video parodi daripada seorang pemuda berkenaan dengan zaman childhood yang generasi lahir tahun 80-an dan 90-an boleh relate.


Tidak dinafikan ia pasti membuatkan ramai penonton terhibur dengan individu yang dikenali sebagai Ryan Bakery ini, walaubagaimanapun sebenarnya ada kisah yang tersirat disebalik popularitinya.

 

Dibuang kerja akibat pandemik

Sebelum namanya dikenali di TikTok, mStar Online menceritakan bahawa Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 27 sebelum ini bekerja di lapangan terbang, namun dia telah diberhentikan kerja kerana pandemik.

Disebabkan itu, Ryan pulang ke kampung halamannya di Manjung, Perak. Dia ada melakukan perniagaan kecil seperti menjual kuih, menjual ikan laga dan dari situ fikirannya dah mula terdetik untuk melakukan video-video parodi.

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – ryanbakery – ??????????

Rezeki tak salah alamat, dengan video-video yang dia lakukan ini, ia telah menjadi sumber pendapatannya setelah dirinya bergelar influencer kerana mendapat respon positif daripada netizen.

“Content yang saya buat ni sebenarnya berdasarkan perjalanan hidup saya, apa yang saya lalui tu saya jadikan sebagai kandungan, jadi saya pilih ni sebab mungkin ada relate dengan orang dan salah satu childhood memory, saya memilih macam ni sebab bagi saya nak lari daripada sensitif orang lah.”

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – ?????????? – ??????????

“Semuanya berdasarkan perjalanan hidup saya, kenangan yang macam budak-budak itu kan, haa itu saya ambil daripada anak-anak buah saya, anak-anak asuhan mak saya, mak saya ni mengasuh anak orang daripada saya kecil lagi, saya ni selalu dengan budak-budak kan jadi saya jadikan diaorang tu dalam content saya.”

@ryanbakery

#fyp #rwyfb

♬ original sound – ?????????? – ??????????

Walaubagaimanpun, Ryan tidak menafikan bahawa ada kalanya kekeringan idea, jadi dia ambil inisiatif untuk mempelbagaikan lagi ‘cabang’ kandungannya.

Dengan populariti yang diraih menerusi video ini, sumber pendapatannya kini berdasarkan review dan kini telah dipanggil untuk berlakon filem.

Malah, Ryan juga menjelaskan bahawa dia pernah rasa nak putus asa dengan komen-komen negatif daripada netizen.

“Mula-mula saya baca comment toxic ni boleh down jugak lah. Tapi ayah saya selalu pesan jangan conflict dengan kehidupan. Kawan-kawan pun bagi sokongan.”

“Dekat situ saya jadi kuat sikit. Kalau tak saya pernah rasa putus asa dalam bidang ini. Saya rasa macam tak nak teruskan.”

Inspiring betul, semoga Ryan dapat produce banyak lagi content yang best-best yang menghiburkan kami yang tengah bosan bila duduk rumah ni dan semoga rezeki sentiasa melimpah ruah dapat banyak review.

Baca : [VIDEO] Badan TikTokers Terkenal Teruk Naik Ruam & Gatal, Rupanya Sebab ‘Diserang’ Rama-Rama?

Badan Tiktokers Terkenal Teruk Naik Ruam Gatal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.