in

“Masuk dari mana tu?” – Ular Besar Terperangkap Dalam Tandas Buat Netizen Terkejut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Habitat ular biasanya terletak di hutan atau semak samun. Jarang kita dapat tengok ular berlegar-legar di bandar atau kawasan perumahan.


Lain pula dengan cerita yang admin nak share dengan korang kali ni. Ada seekor ular besar dipercayai telah sesat dan masuk ke dalam tandas rumah. Menurut @antharxxxx,  kejadian yang berlaku di Singapura itu membuatkan ramai netizen terkejut. Korang boleh tengok video ular dalam tandas yang admin cakap tu dekat bawah ni.

 

Macam mana boleh masuk?

Admin masih bingung macam mana ular sebesar macam tu boleh masuk dalam tandas. Penjelasan logik yang admin boleh terima ialah ular itu masuk dari saluran kumbahan, lepas tu tersesat sampai ke tandas. Mungkin lah, admin pun tak berapa pasti.

Macam admin cakap tadi, mungkin masuk dari saluran kumbahan. Ni je benda yang logik yang admin boleh fikir dan terima. 

Jangan geletek ular tu. Bukan apa, kita tak tahu nak geletek dekat bahagian mana. Kalau kucing at least kita boleh geletek dekat tapak kaki, ular nak geletek kat mana pun tak tahu.

Kesian memang kesian, tapi kalau orang tengah sedap melabur lepas tu ada kepala ular keluar dari jamban maunya trauma sampai taknak buang air besar dah lepas tu.

Admin harap ular tu dapat dikeluarkan dengan selamat dan dilepaskan semula ke habitat asalnya. 

 

Baca: “Nasib baik cepat!” – Seram! Ibu & Anak Nyari dibaham Ular Dalam Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.