in

“Nasib baik cepat!” – Seram! Ibu & Anak Nyaris Dibaham Ular Dalam Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kasih seorang ibu tu memang tiada tandingnya. Datanglah apa jua cabaran, anak tetap menjadi keutamaan. Lagi-lagi soal keselamatan anak.


Cakap pasal keselamatan anak ni, ada satu video seorang ibu sedang berehat dirumah dan secara tiba-tiba ada seekor ular yang panjang datang dekat dengan anaknya. Tindakan pantas ibu tersebut berjaya menyelamatkan anaknya dari jadi mangsa makanan ular. Korang boleh tengok video @naimazharrr pasal kejadian tu kat bawah ni.

 

Nasib baik cepat!

Fuhh.. nasib baik cepat sambar budak tu. Besar betul ular tu kan. Nampak gayanya ular tu bukan yang jenis mematuk. Kalau yang jenis patuk tu, silap haribulan dua beranak tu jadi mangsa.

Admin pun tak perasan. Tengok dua kali video ni baru nampak ular tu cuba nak masuk rumah. Nasib baik tak jadi apa-apa. Seram

Ular kalau dia nak masuk, tak kisah rumah atas atau bawah, lagi-lagi kalau dekat dengan hutan atau semak. Minta simpanglah ular masuk rumah.

Itulah. Nampak sangat dia memang nak pegi ke arah orang tu. Dah kantoi dia pun chow dari tempat tu. 

Admin pun nampak macam tu gak. Besar lain macam. Mungkin dia nak port lepak lepas makan kenyang. Admin pun tak pasti tujuan sebenar ular tu masuk rumah. Nasib baik dua beranak tu selamat, tak cedera ke apa. 

 

Baca: “Tarik sis semongko!” – [VIDEO] Tular Aksi Anggota APM Tarik Ular Sawa Batik Gergasi Lepak Tepi Tingkap Rumah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.