in

“Mastercopy, dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir” – Ini 5 Filem P.Ramlee Yang Tak Keluar TV

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Allayarham Tan Sri P. Ramlee memang tak perlu diperkenalkan lagi pasti semua dah tahu betapa mendalamnya hasil nukilan daripada lagenda ini.


Filem-filem seperti Do Re Mi, Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Keluarga 69 dan macam-macam lagi yang sampai sekarang masih ditayangkan sehingga sekarang serta dendangan lagunya yang masih tersemat dalam jiwa masyarakat terutamanya orang melayu.

Namun begitu, pasti ramai yang tak tahu bahawa bukan semua filem P.Ramlee ditayangkan di kaca TV.Β  Jadi, menerusi Twitter Danial Aziz Ahmad dan RepairGambarLama ada kongsikan senarai 5 filem serta sebab kenapa ia tak dapat ditayangkan.

 

1. π—•π—”π—žπ—§π—œ (1950) arahan L. Krishnan

Filem ini merupakan filem pertama P.Ramlee jadi hero dan memegang watak sebagai Nasir (nama yang diberikan kepada anak sulungnya yang lahir tahun 1953).Β Dalam filem ini beliau digandingkan dengan Kasma Booty.

 

2. π—šπ—˜π—Ÿπ—’π—₯𝗔 (1970) arahan P. Ramlee

Filem ini dilakonkan oleh Sarimah, Arman Yadi, Isma Rubee dan P. Ramlee. Ia agak kontroversi kerana memaparkan babak-babak intim yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

Sebab tak ditayangkan : Filem Gelora mengandungi unsur seks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah ia tidak keluar di kaca TV.

 

3. 𝗦𝗔𝗕𝗔π—₯π—¨π——π—œπ—‘ π—§π—¨π—žπ—”π—‘π—š π—žπ—”π—¦π—¨π—§ (1966) arahan P. Ramlee

Filem ini berkonsepkan kisah β€˜1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yg lebih baik di muka bumi ini.

Sebab tak ditayangkan : kualiti yang agak rendah. Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis β€œKeadaan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”

 

4. π— π—˜π—Ÿπ—”π—‘π—–π—›π—’π—‘π—š π—žπ—”-π—§π—’π—žπ—¬π—’ (1964) arahan Ramon A. Estella

Ini adalah filem Melayu pertama yang dibuat penggambaran di Tokyo, Jepun. Sebagai tarikan, filem ini telah dibuat dalam bentuk tatawarna (Eastmancolor).

P. Ramlee dijemput sebagai pelakon undangan dalam filem ini bersama-sama isterinya, Saloma.

Sebab tak ditayangkan : Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

 

5. π—¦π—œπ—§π—’π—₯𝗔 𝗛𝗔π—₯π—œπ— π—”π—¨ π—π—”π——π—œπ—”π—‘ (1964) arahan P. Ramlee

Filem arahan pertama P. Ramlee di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Singapura. Filem ini bercorak seram/horror yang terinspirasi daripada filem Werewolf of London (1935).

Kata sumber, idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara. P. Ramlee berkata:

β€œStudio pula dalam kandang zoo. Silap-silap harimau terlepas, habis dingapnya! Kalau buat gambar si ‘tora’ memang bagus.”

Sebab tak diyangkan : Dipercayai mempunyai unsur tahyul yang keterlaluan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak.

 

Baca :Β “Kalau masih hidup, hampir 1 abad usiamu” – Ini 3 Filem Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Wajib Korang Tengok

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.