in

“Kalau masih hidup, hampir 1 abad usiamu” – Ini 3 Filem Lagenda Allahyarham Tan Sri P. Ramlee Yang Wajib Korang Tengok

Pramlee Tile

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee adalah nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Ramai penggiat seni tanah air menjadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai idola dan rujukan dalam berkarya. Seorang yang versetile dan sangkat berbakat, beliau meninggalkan legasinya yang sentiasa evergreen sepanjang zaman


Sempena dengan sambutan ulang tahun kelahirannya pada 22 Mac baru-baru ini, kami di Lobak Merah ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat lagenda kita, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Bersempena dengan itu, kami nak share 3 filem terbaik P. Ramlee dengan korang.

1. Franchise Bujang Lapok (1957-1961)

Dalam banyak-banyak filem bersiri, Bujang Lapok adalah antara filem bersiri yang paling best untuk ditonton berulang-ulang kali. Filem-filem dalam franchise ini ialah Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok, masing-masing mempunyai jalan cerita sendiri yang tidak kena mengena antara satu sama lain. Walaupun storyline dia lain-lain, tapi main actor dalam setiap filem ni masih dikekalkan orang yang sama iaitu; Allahyarham P. Ramlee, Allahyarham S. Shamsuddin, dan Allahyarham Aziz Satar.

Bujanglapok Tile
Sumber: google image

2. Tiga Abdul (1964)

Filem Tiga Abdul, mengisahkan tentang kehidupan tiga orang adik-beradik, Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub. Mereka bertiga ialah anak kepada seorang kaya yang dikenali dengan nama Ismet Ulam Raja. Kisah fiksyen ini berlaku di negeri yang dipanggil Isketambola yang menurut Tukang Cerita dalam filem ini, berada dekat dengan negeri Isketambatu. Kalau korang nak tahu, lagu Bunyi Gitar tu dari filem ni lah.

3 Abul
Sumber: google image

3. Ibu Mertuaku (1962)

Siapa dia Kasim Selamat? Lawyer? Magistrate? Ahli Muzik? Pantang datuk nenek aku ahli muzik!”

Ini antara dialog yang kita confirm ingat kalau ada orang sebut pasal filem P. Ramlee. Filem Ibu Mertuaku ini adalah kisah percintaan tragis antara Kassim Selamat dan Sabariah Mansor. Walaupun agak ekstrim, tapi scene cucuk mata guna garfu sebab tak sanggup tengok orang sekeliling yang hipokrit ni memang epic! 

41521718335 Freesize
Sumber: google image

Sempena hari jadi Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Terima kasih kerana menghiburkan hati kami dengan karya-karya anda, legend! So, apa filem P. Ramlee favourite korang?

Baca: Wanita-Wanita Dalam Hidup Lagenda P. Ramlee, Rupanya Pernah Kahwin Dengan Mantan Permaisuri Perak Sebelum “Disailang” Saloma

Screen Shot 2019 03 23 At 10.52.14 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.