in

Masitah Mohon Maaf Isu Kenyataan ‘Minta Tolong Malaikat’, Video Dirakam Tanpa Pengetahuan

Mashy Isu Doa Pada Malaikat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah penuh inspirasi seorang wanita bernama Masitah Mohd Affandy atau lebih mesra dipanggil Mashy ini yang berdepan dengan ujian buta kedua belah mata akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya tidak lama dulu telah mendapat perhatian ramai.

Beliau sering dipuji kerana menyebarkan aura positif dengan perkongsian di TikTok dan sentiasa kelihatan tenang walaupun lepas berdepan ujian yang berat.


Kl Mashy Hmfield Image Socialmedia

Video minta tolong dengan malaikat ditegur agamawan? 

Walau bagaimanapun, baru-baru tular sebuah video mengenai Mashy yang memaparkan wanita itu bersembang dengan beberapa individu sambil menyatakan kiasan yang malaikat sebagai perantara doa manusia kepada Allah.

Video berkenaan telah mendapat teguran ramai termasuklah daripada golongan agamawan yang mendakwa ia fahaman yang salah dan mengelirukan.

https://www.tiktok.com/@maznahdaud1/video/7234725854012558593?_r=1&_t=8cWEW8GDtha

 “Tak naklah nanti orang cakap Mashy ajar kita doa cakap kat malaikat”

Sedar dengan teguran yang diberikan, Masitah menerusi satu posting di TikTok telah membuat permohonan maaf atas salah faham dan kekeliruan yang timbul berkaitan video tersebut.

Menurutnya, video itu dirakam tanpa pengetahuannya dan keizinannya sebelum dia mengalami kemalangan dan buta.

Ia juga dimuat naik tanpa pengetahuan dan keizinan tetapi saya juga tidak bermaksud marah, sedih dan sebagainya.

“Cuma, kita tidak menjangkakan video itu tular. Video itu digunakan sebagai ‘content’ (bahan),” katanya dalam video penjelasan dan permohonan maaf itu,” katanya.

@

♬ –

Katanya lagi, video tersebut juga bukan untuk tatapan umum dan untuk disebarkan kepada orang ramai sebagai bahan pendidikan.

“Apa ‘content’ yang saya cakap tentang malaikat dan sebagainya itu adalah bukan bertujuan pendidikan, bukan untuk disebarkan apatah lagi diamalkan. Tak nak lah nanti orang cakap Mashy ajar kita doa cakap kat malaikat. Bukan…

“Kefahaman itu tidak disahihkan oleh mana-mana guru ketika rakaman dibuat, tidak ada asatizah, ustaz, ustazah yang membetulkan kefahaman saya ketika itu jadi kita minta video yang tular itu tidak digunakan sebagai bahan pendidikan apatah lagi diamalkan.

“Tak bagus sebenarnya kita beramal dengan perkara yang kita tak faham,” katanya.

Oleh itu, dia telah meminta jasa baik orang ramai yang sudah memuat naik dan menyebarkan video itu untuk memadam dan menurunkannya daripada platform laman sosial masing-masing.

Mashy juga pada masa yang sama berharap perkara yang sama tidak berulang lagi dan semoga video penjelasannya ini mengurangkan kekeliruan serta menjadi permohonan maaf secara rasmi atas apa yang berlaku.

Baca: “Ujian sebagai hadiah” – Buta Selepas Kemalangan, Aura Positif Wanita Ini Buat Ramai Tersentuh

Mashy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.