in

“Masih dihargai di luar negara” – Lelaki Turki Bergambar Dengan Proton Wira, Tarik Perhatian Peminat Kereta Tempatan

Fi Proton Wira Luar Negaraa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak berpuluh tahun sebelum ni, Proton dah jadi jenama kebanggaan rakyat Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Tun Dr. Mahathir.


Kalau kita cakap pasal kereta Proton ni, mesti ada beberapa model yang sangat familiar contohnya Saga, Perdana, Satria, dan jenis model baru yang jadi kegilaan ramai hari ini iaitu X70 dan X50. Tapi jangan lupa juga satu lagi model keluaran yang jadi kegilaan ramai, iaitu Proton Wira yang nyata ada peminatnya tersendiri.

 

Proton Wira di Turki

Baru-baru ini viral sebuah gambar yang didakwa seorang lelaki arab tengah duduk dekat bonet hadapan kereta Proton Wira yang dihias dengan riben warna kuning.

Menerusi posting di laman Facebook @Motorsports Malaysia itu, gambar tersebut menjadi bualan ramai warga tempatan terutamanya dari peminat kereta Proton Wira sendiri. Rata-rata ramai kagum, sebab kereta tersebut masih lagi digunakan oleh orang di luar negara.

Masih dihargai walaupun di luar negara. Abaikan emblem acs dan tayar kepak tu.? : Chris Loo

Posted by Motorsports Malaysia on Sunday, August 8, 2021

Difahamkan juga, gambar berkenaan telah diambil di Turki selepas dilihat berdasarkan pada bentuk nombor pendaftaran pada kereta tersebut.

Selain itu juga, difahamkan rakyat di negara tersebut betul-betul minat dengan model Proton Wira ni sampai wujudnya group TUNCER KOÇAK TR PROTON CLUB di Facebook yang terdiri daripada peminat-peminat kereta tersebut di seluruh negara itu.

Proton Wira Luar Negara 2

 

“Kereta kebanggan rakyat Malaysia”

Hasil tinjauan di ruangan komen, ramai yang rasa bangga sebab kereta tempatan jadi pilihan di luar negara. Selain itu, ramai juga yang kongsi gambar-gamba koleksi kereta Proton Wira mereka dan ada menyatakan yang harga kereta ni akan naik tak lama lagi.

Reak Proton Wira Luar Negara 1 Edit Reak Proton Wira Luar Negara 2 Edit Reak Proton Wira Luar Negara 3 Edit

Power la kereta buatan Malaysia ni. Sikit hari lagi mungkin bolehlah kot saing-saing dengan kereta JDM keluaran Jepun yang memang tengah jadi kegilaan peminat kereta sekarang ni.

 

Baca : “Selamber tapau kereta antarabangsa lain” – Proton Saga ‘Limited Edition’ Menang Pertandingan Di UK

Foot Proton Wira Luar Negara

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.