in

“Selamber tapau kereta antarabangsa lain” – Proton Saga ‘Limited Edition’ Menang Pertandingan Di UK

Cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Proton Saga merupakan kereta pertama keluaran negara pada tahun 1985. Sehingga kini, Proton Saga yang ada di pasaran sekarang merupakan model generasi ketiga dan dikhabarkan sebanyak 1.8 juta unit telah dihasilkan sejak ia mula diperkenalkan 35 tahun dahulu.


Kalau nak tahu, model pertama Saga ini juga berjaya menembusi pasaran United Kingdom pada tahun 1989. Ketika itu, dua model telah diperkenalkan di UK dan dijenamakan semula kepada Proton 1.3 dan Proton 1.5.

Menariknya, ketika itu juga ia dipasarkan menggunakan slogan yang sangat unik iaitu “Teknologi Jepun, Stail Malaysia” selain berjaya mencatatkan rekod sebagai jualan kereta baharu terpantas di UK, dikatakan penjualan kereta ini sangat memberangsangkan sehingga mereka berjaya mencapai sasaran penjualan dalam masa 6 bulan daripada jangkaan sasaran awal iaitu setahun.

Screenshot 2020 09 27 At 3.42.51 Pm

Namun, ramai yang tak tahu selain dua model berkenaan, ada sebuah lagi model yang boleh dikatakan sangat ‘rare’ iaitu Proton Saga ‘Black Knight’, edisi khas tahun 1989 turut memasuki pasaran UK.

Apa yang membuatkan ia special adalah hanya terdapat 201 unit dihasilkan dan dijual di UK ketika itu. Proton Saga 1.5 GL Black Knight dikatakan sangat terhad dan hanya ada satu sahaja yang masih wujud dan dijaga dengan baik sehinggakan berjaya memenangi tempat pertama dalam satu acara pameran kenderaan di UK baru-baru ini.

E7Ucb48Xmaeewnt

Acara yang dinamakan sebagai ‘Hagerty Festival of the Unexpectional’ tersebut merupakan acara tahunan yang diadakan dan menampilkan kereta klasik dari tahun 1960-an, 1970-an, 1980-an dan 1990-an yang dianggap biasa ketika baru, tetapi kini agak ‘rare’ pada zaman sekarang ini. 

Difahamkan, Proton Black Knight milik Jon Coupland ini berjaya mengatasi 50 peserta lain yang mengambil bahagian tahun ini.

“Saya menjadi seorang peminat kereta ketika umur masih muda dan hanya dapat memiliki model Proton ini pada tahun 2019.”

Fotu 2021 Mh 370 Copy 1024X683 1

Selain itu, menurut temubual dengan pihak penganjur, Coupland menjelaskan bahawa beliau merupakan pemilik ketiga kenderaan ini dan menurutnya lagi, pemilik asal kenderaan ini hanya memandu sejauh 3600 batu (5,794km) sebelum diparkir di garaj kerana pemiliknya jatuh sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hagerty UK (@hagertyuk)

Kemudian, kenderaan ini dijual pula kepada pemilik kedua pada tahun 2017 setelah bertahun-tahun tersadai di garaj. Coupland yang merupakan seorang pegawai polis telah membeli kenderaan ini pada tahun 2019.

Dalam acara tersebut, kereta ikonik keluaran Malaysia ini telah berjaya mengetepikan nama-nama besar dalam dunia automotif seperti Peugeot 106 XN Graduate special edition 1991, Kia Pride 1990, Fiat 128 1977, Triumph Toledo 1971, Volkswagen Polo C Formel E 1986, Nissan Bluebird 1989, Volvo 340 DL 1986, Ford Escort 1978 dan banyak lagi.

Baca : Misteri Terjawab! Pembantu Tun M Jelaskan Sebab Sebenar Kenapa Kereta Proton Perdana Ditemui Di UK

Proton

Sumber: Careta
Sumber: Twitter
Sumber: Hagerty

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.