in

Tular Video Nahas 3 Kenderaan Di NKVE, Polis Tahan Pemandu Inspira

3 Kenderaan Nkve

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video di media sosial memaparkan kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta, malam tadi.

Menerusi rakaman tular itu, sebuah Proton Inspira dipercayai terbabit dalam kemalangan terlebih dahulu sehingga berada dalam keadaan melintang di lorong kanan


Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam apabila kereta Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun berkenaan dilaporkan terbabas sebelum terhenti di lorong kanan lebuh raya dan kemudian dirempuh dua kenderaan lain iaitu Proton Wira dan Toyota Hilux dari arah sama.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata pihaknya masih menyiasat sama ada pengaruh alkohol menjadi punca pemandu Proton Inspira gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas sebelum dia menghilangkan diri dari lokasi.

“JSPT KL berjaya mengesan dan menahan pemandu Proton Inspira itu hari ini di Klang bagi membantu siasatan kejadian terbabit mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel berkaitan: Gara-Gara Ludah Di Lebuhraya Karak, Pemandu Toyota Alphard Didenda RM400

Artikel berkaitan: Banyak Kenderaan ‘Melekat’ Di LPT 2 Sampai Pemandu Terpaksa Keluar Kereta, Ini Punca Sebenar

Siasatan awal mendapati selepas Proton Inspira terhenti di lorong paling kanan, Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berumur 40 tahun kemudian terlanggar kenderaan terbabit.

Tidak lama selepas itu, Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berumur 41 tahun turut melanggar Proton Inspira berkenaan.

Insiden itu menyebabkan kedua-dua Proton Wira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri laluan dan melanggar penghadang jalan.

 

View on Threads

 

Namun, kemalangan terbabit tidak mengakibatkan sebarang kecederaan buat mangsa yang terlibat.

Terdahulu, video berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan sebuah Perodua Myvi yang berhenti di belakang kenderaan terbabit sambil memberikan lampu isyarat berkembar sebagai amaran kepada pengguna jalan raya lain sebelum keadaan bertukar sebaliknya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.