in

MAS Bagi Pengecualian Caj Bagasi Najib Bernilai RM17,000?

Najibs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas, tular berita tentang Datuk Seri Najib dan keluarga pergi bercuti ke Pulau Langkawi dengan bawa 30 buah bagasi menaiki kapal terbang. Ramai yang tertanya-tanya, apa yang dibawa bekas PM tu sampai 30 beg. Padahal nak ke Langkawi je pun kan!


Semalam, viral pulak screenshot yang menunjukkan caj bagasi ahli Parlimen Pekan ni yang bernilai RM17,000. Menurut Sinar Harian, screenshot tersebut menunjukkan Najib sekeluarga telah dapat pengecualian caj bagasi daripada MAS! Fuhh tak payah bayar RM17,000 lah ye?

sumber: the star
35515709 161038088087869 4051269490120327168 N
sumber: facebook

Caj sebanyak RM17,071.85 tu dikecualikan daripada head of pool di bawah nama “MOHDNAJIB Hjabdrazak Dato Sri” bagi penerbangan MH1450 pada 16 Jun lepas.

Antara yang turut serta dalam rombongan percutian keluarga ni ialah Rosmah Mansor, anak mereka iaitu Norashman dan Nooryana Najwa serta menantu dan cucu Najib iaitu Daniyar Kessikbayev dan Adam Razak. Tak ketinggalan juga, Riza Aziz iaitu anak Rosmah daripada perkahwinan terdahulu turut serta.

sumber: the star

Berikutan isu viral ni, pihak MAS dah keluarkan satu kenyataan yang menjelaskan mereka tak berikan pelepasan kepada rombongan berkenaan, lapor Malaysiakini.

Menurut MAS, bila penumpang daftar masuk secara berkumpulan, semua bagasi boleh disatukan dan ditanda bawah satu nama. Keadaan tu yang menyebabkan bagasi dilihat berlebihan dalam sistem. Oo gitu! 

B121356B99E56018D89Eb446Cc29F814
sumber: malaysiakini

“Malaysia Airlines sentiasa mematuhi dengan ketat dasar mengenai bagasi berlebihan dan boleh mengesahkan tiada pelepasan diberi,” jelas pihak MAS.

Najib dan keluarga makan angin di Langkawi selama 5 hari sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur pada 20 Jun lalu. Hajat mereka nak ‘bercuti’ ke Indonesia juga tak tercapai apabila nama sudah disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia.

Bestnya Najib dan keluarga pergi cuti-cuti Malaysia! Lepas ni nak bercuti ke pulau mana pulak? 

Baca: Najib Tak Tahu Sumber Dana Beli Barang Kemas Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.