in

Rakyat Pakistan ‘React’ Makanan Malaysia, Anggap Nasi Lemak Sebagai Santapan Diraja

Nasi Lemak Santapan Diraja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, negara kita memang mewah dengan pelbagai makanan dan juga popular sehingga di luar negara. Ini dapat dibuktikan menerusi video-video warga asing yang memberi reaksi teruja apabila mencuba makanan Malaysia.


Satu video yang dimuat naik di laman YouTube Reactistan yang kemudian menjadi tular di laman Twitter, memaparkan sekumpulan warga Pakistan dijemput untuk merasai dan memberi reaksi beberapa hidangan dari Malaysia buat pertama kali.

Menerusi video itu, mereka dihidangkan menu nasi lemak, roti jala dan teh tarik. Apa yang lebih menarik perhatian, salah seorang daripada mereka memberi reaksi teruja untuk menikmati hidangan nasi lemak kerana menganggap hidangan tersebut sebagai santapan diraja.

Screenshot 2023 06 06 142654

Dapat dilihat reaksi wajah mereka, begitu teruja dan bersyukur dengan makanan yang diberikan.

“Alhamdulillah, saya gembira sangat dihidangkan makanan diraja hari ini,” kata seorang lelaki tua.

Lelaki tua itu juga begitu terkejut apabila dimaklumkan bahawa nasi lemak pada asalnya merupakan hidangan untuk golongan marhaen seperti peladang dan pekebun.

“Untuk peladang? Saya ingat ini adalah makanan untuk golongan diraja,” balasnya.

Seorang lagi lelaki memberi komen mengatakan hidangan nasi lemak ini boleh membuatnya kenyang sampai tiga hari.

“Jika nasi lemak adalah sejenis sarapan, sangat berat dan saya akan mengambil masa untuk menghadamnya,” katanya.

Perkongsian video reaksi itu telah membuatkan ramai berasa insaf dan rasa bersyukur dengan nikmat yang dirasai di negara ini.

Ada juga yang berkongsi pengalaman pernah menghidangkan nasi putih bersama kuah kari dan ayam goreng kepada pekerja warga asing, tetapi ‘takut’ untuk menjamahnya kerana menganggap ia makanan orang kaya.

Makanya, hargai dan bersyukurlah dengan apa jua makanan yang kita dapat!

Baca: “Apasal guna surat khabar cina” – Warganet Luah Rasa Was-Was Dengan Bungkusan Nasi Lemak
Nasi Lemak

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.