in

“Membazir gila” – Beli Seribu Cool Fever Untuk Buat ‘Babi Air’, YouTuber Ini Dikecam Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang trend membela ‘babi air’ di TikTok. Ramai juga yang ikut cuba rendam Cool Fever sehingga kembang untuk dijadikan ‘babi air’. Katanya, ‘babi’ air ni comel dan berwarna-warni, jadi ramai kanak-kanak yang tertarik dengan mainan ni.  


Trend bela 'babi air' yang tengah hype dekat TikTok.Sebab ada yang tanya macam mana nak buat 'babi air', kami sertakan…

Posted by ODISI on Friday, January 8, 2021

 

Kali ini, giliran seorang YouTuber Malaysia pula dikecam hebat oleh netizen terutamanya di Twitter sebab dia sanggup beli 1,000 Cool Fever untuk membuat ‘babi air’ sebagai content video YouTube.

Rata-rata netizen mengecam tindakan YouTuber itu yang dikatakan membazir Cool Fever. Kalau dah beli sampai seribu Cool Fever tu, mesti dah banyak kedai yang dia borong. Kesian pulak dekat orang demam yang memang memerlukan Cool Fever. 

Ada juga netizen yang berpendapat YouTuber terbabit tidak sepatutnya membuat video sedemikian sebab rata-rata subscribers adalah kanak-kanak dan remaja yang mudah terpengaruh. Betul jugak tu, takut makin ramai je yang join buat ‘babi air’ ni. Cool Fever ni pun bukannya murah. 

Ada juga yang menceritakan mereka tak dapat nak beli Cool Fever untuk ahli keluarga yang demam. Mungkin ada kedai yang dah habis stok sebab ramai yang buat mainan ‘babi air’ ni. 

Lebih baik korang tengok-tengokkan adik atau sepupu korang yang masih kecil tu. Takut ada yang mintak duit nak beli Cool Fever jugak untuk buat mainan ni.  

Baca: “Pelik mainan budak sekarang” – Rendam Cool Fever Dalam Air, Ramai Join Trend Main ‘Babi Air’ Di TikTok

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.