in

“Saya tak paksa dia” – Aisar Khaled Buka Mulut Isu Video Tular Islamkan Seorang Lelaki

Collage 53

Semalam, video viral yang dikongsikan oleh pelakon baharu Aisar Khaled sekali lagi telah mendapat perhatian dari netizen.

Video tersebut telah menunjukkan Aisar mengislamkan seorang individu dengan mengajar lelaki tersebut mengucap dua kalimah syahadah.

Ramai netizen telah memberikan pendapat mereka mengenai isu ini. Rata-rata netizen merasakan perbuatan Aisar ini seperti tidak menjaga sensitiviti terhadap agama lain yang ada di Malaysia.

Selain itu ramai juga mempersoalkan yang Aisar masih belum cukup ilmu mengenai Islam untuk bercakap mengenai perkara ini.

Screenshot 2021 09 28 At 11.45.06 Am

Ekoran ini menerusi Instagram, Aisar telah berkongsi video menjelaskan bahawa lelaki tersebut memeluk Islam dengan rela hati dan bukan paksaan seperti dakwaan segelintir netizen.

Saya mengajak dia masuk Islam saya tidak pernah memaksa dia . Saya akan bawa dia dibimbing Insyaallah.

Dalam video yang dikongsikan ini, Aisar menjelaskan yang sebelum dia mengajak lelaki tersebut masuk Islam, dia dikatakan telah menjadi pendengar yang baik untuk lelaki tersebut.

Tambahnya lagi, dia telah belanja lelaki tersebut air dan makanan dan sebelum pulang hatinya terdetik untuk mengajak individu tersebut masuk Islam.

Dia setuju untuk masuk Islam, saya langsung tak paksa dia. Saya memberitahu dia kebesaran Allah SWT. Alhamdulillah dia terima Islam. Saya akan membawanya untuk dibimbing.”

“Niat dah betul tapi cara salah”

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong tindakan Aisar ini dan tak kurang juga masih mempersoalkan perkara ini.

Screenshot 2021 09 28 At 11.47.42 Am Down

Manakala menerusi IG live semalam, Aisar mengatakan yang dia akan usahakan secepat mungkin untuk membawa individu yang diislamkan itu untuk ke pejabat agama dan meminta agar netizen mendoakan agar lelaki tersebut betul-betul masuk Islam.

 

Baca: “Aisar its not late to delete this” – [VIDEO] Cara Aisar ‘Berdakwah’ Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Screenshot 2021 09 28 At 11.57.09 Am