Siapa sangka orang yang paling dekat dalam hidup kita boleh ‘pergi’ tanpa sebarang kata. Walaupun mereka menunjukkan beberapa ‘perangai’ yang berbeza, siapa kita untuk menjangka itu adalah petanda sebelum ajal menjemput.
Satu kenangan yang dikongsi oleh @matdyeee ataupun Ammar di TikTok, memaparkan beberapa mesej dan kenangan terakhir bersama arwah bapa sebelum insan tersebut pergi buat selama-lamanya.
Minta belikan roti canai & ubat
Dalam masa seminggu (27 Mei – 5 Jun 2024), bapa Ammar ada menunjukkan bermacam perangai dan selalu memanggil serta meminta tolong kepadanya tidak kira waktu. Pada 27 Mei, Ammar yang baru sampai ke rumahnya pada jam 11 malam terus menemani bapanya di dalam bilik.
Artikel berkaitan: Hajat Tak Kesampaian, Suami Meninggal Dunia Lepas Beli Nasi Ayam Untuk Isteri Sakit
Artikel berkaitan: “Saya paling jahat” – Anak Menyesal Tak Sudah, Tak Sempat Minta Ampun Sebelum Bapa Meninggal Dunia
Seminggu Ammar balik teman, jaga abah waktu sakit, macam-macam perangai abah tunjuk kat Ammar, macam-macam abah cakap kat Ammar. Sikit-sikit panggil.. “Ammar, abah nak air sejuk.. tolong garu sat badan.. ambil duit ni isi minyak motor”. Sampai 3-4 pagi abah panggil Ammar.
Keesokan harinya (28 Mei), bapa Ammar ada memesan untuk membeli roti canai dan ubat gout sebelum dia pergi ke pejabat namun Ammar hanya sempat sarapan untuk bapanya.
Abah minta belikan roti canai dan ubah gout (aku tak berani beli sebab takut berlaga dengan ubat yang doktor bagi). Lepas beli roti canai dan hantar kat rumah, tiba-tiba ada kecemasan kat pejabat. Masa tu ingat balik dari pejabat baru nak beli ubat sebab klinik buka pukul 9 atau 11 pagi.
Semasa di pejabat, bapa Ammar telah menelefonnya berkali-kali dan menyuruhnya membeli ubat tersebut.
Aku silent phone masa dalam perjalanan balik, aku belikan ubat terus hantar. Lepas bagi ubat, teruas aku gerak ke pejabat. Aku tak balik sampai petang sebab tu abah tulis mesej macam tu..
“Abang marah kat abah ka?”
Selepas pulang ke rumah, dia melihat bapanya sedang baring di pintu bilik dan bertanya jika anaknya itu marah kepadanya.
Abang mai kat abah sat, abang marah kat abah ka? – bapa
Ish nak marah abah buat apa, tak ada sebab Ammar nak marah, Ammar tau abah sakit, Ammar minta maaf sebab tinggal macam tu ja.. – Ammar
Abah minta maaf, Ammar anak abah yang paling abah sayang, abah marah bukan sebab apa.. abah sakit tapi abang tak beli ubat dulu bagi kat abah sebelum pi pejabat. – bapa
Pada 2 Jun, Ammar sempat bersembang dengan bapanya sebelum dia pulang atas urusan kerja. Dia ketika itu disuruh duduk di hujung katil sambil melihat bapanya begitu selera menjamah laksa yang disuap oleh ibunya.
Sebelum dia bergerak pulang, bapa Ammar ada memberi wang untuk mengisi minyak motosikal dan sempat berpesan kepadanya
Abah.. Ammar nak balik dah, cuti nanti Ammar mai pula tengok abah, abah jaga diri, jaga makan. Terus abah tulur tangan sambil cakap.. “Ambil duit ni buat isi minyak moto, bawa moto elok-elok, jangan laju-laju..”
Itulah kali terakhir Ammar ada di samping bapa kesayangannya yang pergi menghadap Ilahi pada 5 Jun 2024.
Ammar ingat cuti minggu ni dapat la balik jaga abah, tapi abah tinggal Ammar dulu, cuti nanti Ammar pergi melawat Abah. Ammar minta maaf kalau ada salah, terkasar bahasa dengan abah, Ammar SAYANG ABAH SANGAT-SANGAT..
Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman..
Sumber: TikTok