in

“Mantul ustaz!” – Selangor Tak Ada Air, Ustaz Ebit Lew Beli Air 2 Lori Besar Untuk Diagihkan di Kawasan Batu Caves

Ebit Lew

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut saja nama Ustaz Ebit Lew, mesti dah terlintas di fikiran segala amal kebaikan yang dilakukannya kepada orang ramai.


Bagi admin, Ustaz Ebit ni adalah antara orang yang tak pernah berkira bab membantu orang dan memberikan apa yang dia ada demi kebaikan semua.

Kali ini, nama Ustaz Ebit menjadi sebutan lagi apabila dia katanya telah membantu mereka yang terputus bekalan air di Selangor dengan membeli 2 lori besar dipenuhi air untuk diagihkan kepada semua. Allahuuu ustaz! 

Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli 2 lori besar air untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan…

Posted by Ebit Lew on Isnin, 19 Oktober 2020

 

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ustaz Ebit telah mengagihkan air sejak pukul 10 malam semalam dan sehingga kini katanya masih belum selesai. Air telah diagihkan di kawasan pinggiran Batu Caves, Selangor.

Paling menyedihkan baginya ialah bagaimana golongan warga emas berdepan dengan masalah air ini. Kasihan tengok mereka terpaksa angkat baldi yang berat.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau.

“Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.

“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan,” katanya.

 

“Tanpa cakap banyak. Terus bagi bantuan” 

Tindakan Ustaz Ebit Lew dalam membantu rakyat Selangor itu telah mendapat pujian netizen dan ramai yang berpendapat ustaz sangat pantas dalam menjalankan tanggungjawab membantu rakyat setempat.

Kesian orang Selangor, sudahlah PKPB lepas tu tak ada air pulak tu. Sudah jatuh ditimpa tangga lah macam tu kan? 

Bantu 1

Semoga Allah terus merahmati Ustaz Ebit Lew atas segala bantuan yang dia berikan kepada mereka yang memerlukan. 

Baca: “Ikhlas nak bantu” – Netizen Puji Sikap Murni Ustaz Ebit Lew Bantu Penjara di Kedah

Us

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.