in

Mangsa Sesat Dalam Hutan Lepas Disapa ‘Puteri’

Page 1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pendaki, Stanley Kho, 22, hilang ketika mendaki bersendirian di Gunung Singai, Bau pada pagi Isnin lalu. Kehilangannya disedari rakan-rakan yang temui kereta Stanley di kaki gunung berkenaan.


Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, mangsa telah pun dijumpai selamat semalam. Stanley ditemui dalam keadaan lemah di dalam gaung berbatu di kaki gunung berkenaan.

Lost Hiker Found 2309 1
sumber: the star

Sejurus lepas dijumpai oleh pasukan penyelamat, ini apa yang keluar daripada mulut mangsa,

“Dia cantik seperti puteri dan sempat menghulurkan sekuntum bunga pada saya.”

Macam yang diceritakan kepada pasukan penyelamat, mangsa memberitahu dia terserempak dengan seorang gadis ketika memulakan pendakiannya. Disebabkan terpegun dengan kecantikan gadis tersebut, mangsa terus mengikutinya.

Yt
sumber: sarawak voice

“Mangsa memberitahu ada mendengar suara pasukan penyelamat dan penduduk kampung yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesannya.

“Bagaimanapun, mulut mangsa seolah-olah ‘terkunci’ sepanjang tempoh kehilangannya dan tidak dapat menyahut panggilan pasukan penyelamat.”

Bukan itu je, mangsa juga memberitahu bahawa dia dijaga dengan baik oleh gadis berkenaan sepanjang tempoh sesat di kawasan gunung berkenaan yang cukup popular dalam kalangan pendaki.

Bunian1
gambar hiasan

Mangsa yang dijumpai dalam keadaan kebingungan tu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju selain mengalami kecederaan pada kaki dan tangannya.

Po 2
sumber: kamek miak sarawak
W1
sumber: sarawak voice

Kalau nak tau, Selasa lalu, mangsa hantar kedudukan lokasi disertai dengan video berdurasi empat saat tapi lepas dipadankan dengan peta sebenar, lokasi yang dihantar menerusi WeChat tu tersasar di luar kawasan gunung berkenaan iaitu di Kampung Tanjung Poting.

Tapi nasib baiklah akhirnya mangsa dijumpai dalam keadaan selamat. Siapalah agaknya gadis tu…

Baca: Disorok Bunian? Misteri Kehilangan 7 Anak Orang Asli di Gua Musang Yang Mengegarkan Malaysia.

Page Oa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.