in

Disorok Bunian? Misteri Kehilangan 7 Anak Orang Asli di Gua Musang Yang Menggegarkan Malaysia

Page Oa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah kehilangan kanak-kanak sentiasa mendapat perhatian lebih daripada pihak berkuasa lagi-lagi apabila melibatkan jumlah yang ramai. Pada 23 Ogos 2015, tujuh murid Orang Asli telah dilaporkan hilang di Gua Musang.


Kehilangan mereka ada yang berakhir dengan kematian dan mangsa yang terselamat menceritakan yang sebenarnya mereka telah disorok bunian! Bagi yang tak tau kes ni, admin nak ingatkan balik misteri kehilangan tujuh anak Orang Asli yang pernah menggegarkan Malaysia.

 

1. 7 murid Orang Asli tidak pulang ke asrama kerana takut didenda

Pada 23 Ogos 2015, tujuh pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Tohoi, Gua Musang telah dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke asrama pada hari tersebut. Dikatakan mereka tidak kembali ke sekolah kerana takut dikenakan hukuman selepas mandi di sungai berhampiran tanpa kebenaran guru mereka. Mangsa yang hilang ialah:

  • Mirsudiar Aluj
  • Norieen Yaakob
  • Ika Ayel
  • Sasa Sobrie
  • Haikal Yaakob
  • Linda Rosli
  • Juvina David
Oa
sumber: blog

 

2. Gerakan pencarian diperluas selepas mereka hilang lebih dari seminggu

Pihak polis menjalankan gerakan dalam mencari tujuh orang pelajar itu dan dibantu oleh penduduk kampung serta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Gerakan mencari mereka telah diperluas selepas seminggu sebab pihak polis percaya kanak-kanak yang hilang tu mungkin cari makanan selepas sesat dalam hutan.

Oa2
sumber: utusan

 

3. Stokin dijumpai dalam kawasan pencarian

Operasi1
sumber: mstar

Pada 1 September 2015, polis mendedahkan bahawa sepasang stokin telah dijumpai dalam kawasan pencarian. Mereka percaya yang bahan bukti tu merupakan petunjuk baru dalam mencari kanak-kanak Orang Asli tersebut.

Walau bagaimanapun, harapan nak jumpa mereka punah sebab Ketua Polis Daerah Gua Musang dah sahkan stokin yang dorang jumpa tu bukan milik salah seorang daripada kanak-kanak yang hilang tu. Adoiii…

 

4. Pihak berkuasa tak menolak kemungkinan mereka diculik 

Setelah dua minggu berlalu sejak stokin berkenaan ditemui, kawasan pencarian semakin diperluas sehingga 140 kilometer radius yang kali ni meliputi bandar-bandar kecil berhampiran Gua Musang kerana khuatir ada pihak yang menculik mereka.

Kali ni operasi melibatkan lebih ramai orang termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPAM), RELA, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), penduduk kampung dan ibu bapa tujuh kanak-kanak yang hilang pun turut join sama dalam pencarian tu.

Oa10
sumber: the malaysian times

 

5. Mayat seorang daripada mereka ditemui dalam keadaan reput.

Pada 7 Oktober 2015, Ketua Polis daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah berkata mayat seorang kanak-kanak Orang Asli yang hilang tu telah ditemui pada jam 7 malam kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi. Mangsa ditemui oleh penduduk kampung dalam keadaan mayatnya tersangkut pada dahan kayu dalam sungai tersebut.

Mayat yang dijumpai dah pun reput sebab berada lama sangat dalam air. Ibu bapa kepada tujuh pelajar tersebut berkumpul di Hospital Gua Musang untuk pengecaman dan keesokan harinya identiti mayat yang ditemui telah disahkan milik Sasa Sobrie.

Oa3
sumber: sinar harian

 

6. Lagi dua mayat kanak-kanak Orang Asli ditemui

Pada 8 Oktober 2015, polis dah sahkan ada lagi penemuan satu tengkorak dan rangka kanak-kanak. Namun, identiti belum lagi dapat dikenal pasti. Mangsa yang ditemui pada jam 3.50 petang tu berada kira-kira 800 meter dari mayat Sasa Sobrie.

Oa4
sumber: utusan

Pada 9 Oktober 2015 pula, satu lagi mayat yang belum diketahui identiti ditemui dan pencarian diteruskan untuk mencari mangsa yang selebihnya. Akhirnya dua antara mereka iaitu Norieen Yaakob dan Mirsudiar Aluj ditemui dalam keadaan selamat tetapi tersangat lemah dan kurus.

sumber: astro awani
Kkk
sumber: astro awani
Awani 1
sumber: astro awani

 

7. Mangsa terselamat cerita pengalaman berada di perkampungan bunian

Salah seorang mangsa yang ditemui tu menceritakan sepanjang kehilangan mereka, mereka tinggal di sebuah kampung yang indah, penuh dengan makanan dan buah-buahan serta mempunyai air sungai yang sangat jernih. Perkampungan yang mereka tinggal tu pun katanya ada ramai gadis-gadis cantik.

Oa5
sumber: sinar harian

 

8. Mereka dipercayai ‘dijaga’ oleh Tenrog, bunian Orang Asli

Akek Bahir, 46, merupakan salah seorang sukarelawan yang terlibat dalam mencari kanak-kanak yang hilang selama 47 hari di dalam Hutan Rizab Balah, Gua Musang. Katanya, pasukan penyelamat gagal mendengar jeritan mereka sebab ‘dijaga’ Tenrog.

Seorang Tok Batin dari Pos Bihai, Alang Segan kata berdasarkan kepercayaan orang tua sejak dulu kala Tenrog atau orang bunian dalam Bahasa Melayu dikatakan suka berkawan dengan manusia. Tenrog ialah penghuni hutan yang dipercayai mirip manusia tetapi bersifat ghaib dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Oa6
sumber: blog

 

9. Mereka percaya Tenrog wujud 

Masyarakat Orang Asli percaya yang kalau nak masuk hutan ada pantang larang yang perlu diikuti seperti berdoa supaya dijauhkan perkara buruk dari berlaku. Kanak-kanak juga dilarang sama sekali untuk masuk hutan seorang diri tanpa ditemani orang dewasa.

Tenrog dikatakan amat menggemari dan suka bermain dengan kanak-kanak. Pernah beberapa tahun lepas ada seorang budak disorok Tenrog selama berhari-hari selepas bermain di atas bukit. Tenrog membawa kanak-kanak berkenaan masuk ke alam mereka beberapa hari sebelum ditemui orang kampung di sebatang pokok besar.

Oa7
sumber: blog

 

10. Ketua kampung nafi kanak-kanak disorok Tenrog

Oa8
sumber: mmo

Walaupun ramai yang percaya kanak-kanak tersebut disorok Tenrog yang wujud di sekitar pokok tualang, pokok merbau dan gua-gua yang terdapat di daerah tersebut, namun, ketua kampung menafikan dakwaan tu. Dia juga nafikan ada orang pernah hilang di situ.

Dia percaya yang semua mangsa bukan tersesat dalam hutan tapi telah melarikan diri setiap kali melihat pasukan penyelamat semakin menghampiri mereka sepanjang operasi pencarian dijalankan.

“Kalau orang sesat dalam hutan, sudah pasti orang itu akan sedaya upaya mendapatkan bantuan dan menonjolkan diri jika ternampak orang lain. Tetapi dalam kes ini, tujuh kanak-kanak itu melarikan diri. Oleh itu sepanjang fasa pertama berada dalam hutan, mereka akan bersembunyi bagi mengelak dikesan pasukan penyelamat.”

Ada beberapa pandangan mengenai kehilangan tujuh kanak-kanak tersebut namun sampai ke hari ni tak tahulah mana satu yang benar. Mungkin betul mereka disorok bunian sebab sebelum ni pun banyak je kisah orang kena sorok bunian kan? Tapi mungkin jugak betul apa yang dikatakan ketua kampung tu. Kanak-kanak tu mungkin takut sangat didenda, so, dorang lari setiap kali nampak pasukan penyelamat.

Apa pendapat korang?

Baca: Kisah Misteri Kematian Suzanna, pelakon Watak Seram Terkenal Termasuk Sundel Bolong

Page Suzanna 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.