in

“Mangsa selalu derma pada hospital”-Jutawan Dibunuh Sebelum Mayat Disimen Dan Disumbat Dalam Peti Sejuk

0 Js197151912 Wannee Jiracharoenying Main 1

Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Itu ‘tindakan’ yang dilakukan terhadap seorang ahli perniagaan wanita selepas beliau ditemui mati dalam keadaan yang menyayat hati di rumahnya pada Ahad lepas.

Mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan disimen dengan konkrit dan diletakkan dalam peti sejuk rumahnya.

0 Js197151912 Wannee Jiracharoenying Main
Sumber: sinar harian

Memetik sinarharian Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying, 58 tahun yang juga jutawan dari Thailand itu dilaporkan hilang sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.

Abang mangsa, Woraphan Jiracharoenying, 59 tahun kemudiannya mengambil keputusan mencari adik perempuannya itu selepas mesejnya kepada Wannee tidak berbalas.

Tidak lama selepas itu, polis mendapat aduan daripada jiran berkenaan bau busuk yang datang dari rumah mangsa sebelum mayat Wanee ditemui.

Polis kini sedang mengesan seorang rakan mangsa yang dipercayai suspek utama kepada kes berkenaan, namun difahamkan dia sudah menghilangkan diri.

508513
Sumber: sinar harian

Mereka percaya, lelaki yang dikenali sebagai Oom itu mempunyai maklumat berhubung kematian jutawan wanita itu.

“Beberapa pengeluaran wang dalam jumlah besar juga dikatakan telah dibuat menerusi akaun bank Wannee selepas kematiannya malah kereta dan kad bank mangsa turut hilang.”

Ketua Polis, Jenerat Bundit Tungkhaseranee berkata pihaknya kita sedang memantau kawasan sempadan untuk memeriksa sama ada Oom dah lari ke luar negara atau sebaliknya.

“Kami berpendapat suspek melakukan jenayah tersebut untuk mencuri wang mangsa yang dikhabarkan sering menderma sejumlah besar wang kepada kuil dan hospital,”

Mayat Wannee dihantar ke Hospital Maharat Chiang Mai untuk proses identifikasi dan autopsi.

 

Baca : Alasan tak relevan langsung-Tiga Instafamous Dengan Pengikut Berjumlah 4.3 Juta Orang Tayang Payudara Masa Siaran Langsung Sebab

Featured 1