in

Mangsa Kemalangan Lori Balak Ditidurkan, Tidak Mengandung Seperti Yang Tular

Syaz Ft 2024 07 10T161546.029

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, tular sebuah video yang memaparkan seorang penunggang motosikal dihempap kayu balak  yang dibawa oleh sebuah lori.

Rakaman dashcam itu tular di media sosial dan rata-rata netizen risau akan keadaan mangsa kemalangan itu.


Artikel berkaitan: Kayu Balak Jatuh Dari Lori, Timpa Wanita 21 Tahun Di Gua Musang

Artikel berkaitan: Air Terjun Dakota Di Gua Musang Musnah Akibat Aktiviti Pembalakan?

Terdapat khabar angin yang mendakwa mangsa merupakan seorang wanita itu sedang mengandung malah ada juga yang berkata dia sudah meninggal dunia.

Pun begitu, menurut laporan Sinar Harian, mangsa Siti Norelyana Kamarulzaman yang berusia 21 tahun itu tidak mengandung seperti khabar angin itu, menurut tunangnya, Nik Amnan Arif Nik Anuar dia kini ditidurkan dan masih dalam pemantauan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

1 11

“Saya sangat terkilan dengan apa yang dikongsikan oleh pihak tidak bertanggungjawab berkenaan Siti Norelyana, dia tidak mengandung malah masih lagi hidup,” katanya.

Difahamkan, ketika ini mereka sekeluarga sedang menunggu keputusan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) kali kedua yang dilakukan di HRPZII.

Nik Amnan Arif memohon kepada orang ramai untuk mendoakan semoga Siti Norelyana cepat sedar dan pulih seperti sedia kala.

Dalam pada itu, wanita tersebut dilaporkan mengalami patah tulang punggung dan tulang rusuk serta kecederaan serius pada hati, limpa dan hempedu serta usus.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.