Satu kemalangan negeri berlaku melibatkan seorang penunggang motosikal wanita dirempuh kayu balak besar yang jatuh daripada sebuah lori di persimpangan lampu trafik di Gua Musang, Kelantan.
Kejadian itu dapat dilihat menerusi satu rakaman video dashcam yang berada di kawasan lokasi kejadian.
Artikel berkaitan : Tular Video Kenderaan JPJ Iringi Lori Balak Di Jalan Raya, Rupanya-rupanya….
Artikel berkaitan : [Video] Wanita Hamil Sempat ‘Terjun’ Dari Motosikal, Nyaris Dihentam Tayar Trak Melantun
Dalam video yang kini tengah tular di media sosial, ia memperlihatkan seorang wanita sedang menaiki motosikal dan berada di kawasan lampu isyarat, menunggu waktu untuk bergerak.
Beberapa batang kayu bersaiz besar kemudiannya secara tiba-tiba terjatuh ke arah laluannya dari arah seberang jalan dan merempuh tubuh wanita tersebut.
Disebabkan itu, wanita tersebut dilihat terseret di atas jalan sebelum tersepit di bawah tayar kenderaan pacuan empat roda yang berada di sebelahnya. Menerusi video tersebut, dilihat kaki wanita itu didapati masih bergerak.
Bagaimanapun, status kecederaannya tidak dapat dipastikan sebelum orang ramai cuba memberikan bantuan untuk mengeluarkan mangsa.
Menerusi Buletin TV3, kejadian tersebut berlaku jam 11.23 pagi hari ini, mangsa itu Norelyana Kamaruzan, 21 pada ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya sementara lori berkenaan dalam perjalanan ke Kuala Lipis.
Tunang mangsa, Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata dia menerima panggilan daripada seorang rakan yang kebetulan berada di tempat kejadian.
Katanya, sejurus menerima maklumat kejadian, dia bergegas ke Hospital Gua Musang (HGM) dan dilaporkan dalam keadaan tidak stabil.
“Sehingga kini saya masih terkejut dengan kejadian yang berlaku. Saya mengharapkan doa daripada orang ramai supaya tunang selamat.”
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan kejadian yang berlaku.
Sumber : Buletin TV3