in

“Mana tau keluar lagu bersama” – Aliff Syukri Bakal Berduet Dengan Ira Kazar?

Ira Kazar Nak Berduet Dengan Aliff Syukri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak minggu lalu lagi, kecoh diperkatakan mengenai usahawan kosmetik terkenal, Aliff Syukri yang telah mengambil Ira Kazar sebagai model bagi produk tudung terbaharu keluarannya.

Disebabkan Ira pernah terpalit dengan kontroversi menjadi orang ketiga dalam perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan Aliff tersebut.


Nak buat lagu baru dengan Ira Kazar? 

Tidak kisah dengan kata-kata netizen, Aliff Syukri baru-baru ini dilihat masih mempromosi produk keluarannya dengan menggunakan Ira Kazar sebagai model dalam video terbaharu yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi video tersebut, kelihatan Ira dan Aliff sedang ‘lipsync’ sebuah lagu bertajuk Muara Hati nyanyian Hafiz Suip dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sambil mempromosikan tudung keluaran usahawan berkenaan.

Pun begitu, di ruangan komen Aliff sempat berseloroh mengatakan mungkin dia dan Ira bakal mengeluarkan lagu bersama selepas melihatkan keserasian mereka di dalam video berkenaan.

Aiyooo feeling ek Ira Kazar dan saya. Mana tahu tahun ini kami keluarkan lagu bersama. Apapun sebenarnya kami sekadar bergurau sahaja untuk mempromosikan tudung shawl terbaru @as.hijabofficial,” tulisnya.

“Kenapa perlu invite penyondol ya? Dato ni takde common sense ke?” 

Rata-rata netizen di ruang komen tersebut meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Aliff Syukri yang dianggap tidak sensitif dengan isu semasa.

Malah siap ada yang mahu unfollow usahawan itu lagi jika dia terus menjadikan Ira sebagai model tudung berkenaan. Alamak parah ni… 

Ira Kazar

Tak salah sebenarnya Dato’ Aliff pilih Ira Kazar sebagai duta tudung baru dia tu, tapi min rasa sekarang memang masa yang tak sesuai. 

Baca: “Saya tak sokong mana-mana” – Dikecam Ambil Ira Kazar Jadi Model, Aliff Syukri Mohon Jangan Boikot

Boikot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.