in

Hampir Separuh Hari Di Unit Kecemasan, Puteri Sarah Ditahan Di Wad

Ft Puteri Sarah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Puteri Sarah Liyana ditahan di pusat unit rawatan di unit kecemasan di sebuah hospital selepas mengalami sesak nafas kerana tekak mengalami ulser.

Menerusi Instagram, Puteri Sarah tidak menolak sebarang kemungkinan ia berpunca daripada jadual kerja yang terlalu padat selain daripada faktor cuaca.


Artikel berkaitan : “Benda ni macam main chess” – Puteri Sarah Beri Tips Buat Dr Afifah Untuk ‘Berlawan’

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Pinjamkan Guard Untuk Bella Astillah Sebab Risau

Tekak rasa sakit sampai sukar nak bernafas

Katanya, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Puteri Sarah menyatakan bahawa di kerap tidur lewat kerana jadual kerja yang begitu padat. Secara tiba-tiba, Puteri Sarah mula mangalami batuk-batuk.

Pada mulanya, dia tidak ambil pusing kerana anggap batuk-batuk biasa tetapi setiap malam rasa pedih semakin teruk.

“Tekak saya muka rasa seperti kena cucuk dengan jarum. Saya susah nak tidur, makan, dan nak minum dengan betul sekali.”

“Kira-kira jam 6 pagi semalam, saya akhirnya dapat tidur kena badan saya dah terlalu penat. Bila saya bangun, saya rasa lemah. Ibu saya terus bawa saya pergi hospital.”

Screenshot 2026 06 10 162712

Setelah sampai di hospital, Puteri Sarah baru dapat tahu yang tekaknya mempunyai beberapa ulser dan luka. Dengan apa yang terjadi kepada dirinya ini, Puteri Sarah mberpesan kepada orang ramai supaya segera mendapatkan khidmat doktor jika badan mula merasai sesuatu perkara yang ganjil.

“Kalau batuk-batuk, badan rasa macam nak demam, letih memandang atau badan mula rasa ‘off’, jangan pandang remeh. Rehat, makan secukupnya, jaga hidrasi dan dapatkan tidur yang mencukupi.”

Bagaimanapun, Puteri Sarah menyatakan dirinya kini semakin pulih dan meminta orang ramai mendoakannya.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.