Disebabkan ramai yang tidak dapat bergerak bebas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini, ada juga segelintir yang cuba meloloskan diri dengan menggunakan pelbagai taktik penyamaran.
Menurut My Crime Watch di Twitter, seorang lelaki berpakaian seperti tentera telah ditahan ketika mahu melepasi roadblock PKP di Cheras semalam.
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1252944312473550849
Suspek mengatakan dia merupakan anggota Pasukan 74 Bn KPD namun tidak dipercayai oleh pihak berkuasa disebabkan dia gagal mempamerkan kad pengenalan tenteranya.
Namun, yang menarik perhatian netizen apabila dia dilihat menjawab soalan daripada pihak polis dengan tenang. Siap sempat hisap rokok lagi.
Ada juga netizen yang beranggapan mungkin suspek merupakan anggota tentera yang betul sebab kalau tak takkan lah dia boleh tenang macam tu.
Namun, tanggapan itu ditepis oleh netizen lain yang mengatakan askar tidak boleh memakai uniform yang tidak lengkap di luar kem.
Sejauh mana kepastian lelaki tersebut sebagai askar tidak dapat dipastikan. Kita tunggu je siasatan dari pihak polis.