in

“Mana boleh kalah dengan USA” – China ‘Adjust’ Kutipan Pingat Olimpik, Umumkan Kejuaraan Kepada Rakyat

China Adjust Medal Olimpik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ingatkan kisah Olimpik dah berakhir, rupanya ada cerita yang menarik dari China yang ‘kantoi’ sampai ke pengetahuan Daily Mail.


Umum ketahui, juara keseluruhan temasya Olimpik 2020 di Tokyo baru-baru ini adalah kontinjen dari Amerika Syarikat dengan 39 kutipan pingat emas, 41 perak dan 33 gangsa, menjadikan jumlah kutipan sebanyak 113 buah pingat dan dinobatkan sebagai ‘juara keseluruhan’.

Sementara itu, China menduduki kedudukan kedua dengan 38 emas, 32 perak dan 18 gangsa menjadikan jumlah kutipan pingat oleh negara berkenaan adalah 88.

Kutipan Pingat Tokyo

Namun, seminggu selepas berakhirnya temasya sukan berkenaan, lain pula jumlah pungutan pingat yang diumumkan oleh China kepada rakyat mereka menerusi laman sosial Weibo selain turut diwarwarkan menerusi salah sebuah stesyen televisyen di sana iaitu China Central Television. 

Difahamkan, mereka telah mengubah jumlah kutipan berkenaan dengan negara berkenaan turut memasukkan jumlah kutipan pingat yang diperolehi dari Hong Kong dan Taiwan.

Dengan penambahan tersebut, jumlah kutipan yang disebarkan ke umum adalah berjumlah 106 pingat dengan 41 emas, 37 perak dan 27 gangsa. Lebih menarik, mereka telah mendakwa dan menyebarkan bahawa negara mereka telah memenangi kejohanan tersebut di tempat pertama!

China Medal Tally Weibo

Walaupun jumlah kutipan masih meletakkan mereka di tangga kedua, tanpa segan silu, mereka turut memasukkan satu pingat emas yang dimenangi oleh Macau, menjadikan jumlah kutipan emas kepada 42.

Menurut kiraan rasmi IOC, pasukan Amerika Syarikat memenangi pingat emas dan keseluruhan terbanyak dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Ini memang suatu fakta yang tidak boleh disangkal dan kebiasannya “pemenang” Olimpik biasanya mengambil kira negara yang memenangi emas terbanyak sahaja. “

Dari keseluruhan jumlah 11,656 atlet yang bertanding di Tokyo bulan lalu, China telah menghantar 431 atlet untuk bertanding sementara AS menghantar 634 atlet dan telah berjaya berada di tiga tempat teratas dalam keseluruhan pungutan pingat pada setiap edisi Sukan Olimpik musim panas sejak tahun 2000 di Sydney.

China Olimpic Athlete

Tahun ini pasukan China hampir menduduki tempat teratas menerusi kutipan pingat, malah ketika mereka memulakan hari terakhir kejohanan, mereka mendahului jumlah pungutan pingat emas dengan 38 berbanding pasukan USA 36.

Namun pada hari terakhir, bola tampar wanita dan bola keranjang wanita USA telah berjaya membawa pulang pingat emas akhir seterusnya mengungguli jumlah kutipan pingat dan mengukuhkan kedudukan Amerika Syarikat di tangga pertama.

Baca : “Nak tanggung kos rawatan ibu”- Kisah Sedih Quan Hongchan, Penerjun ‘Perfect Score’ Yang Raih Emas Olimpik

China Athlete Feat Image

Sumber: Taiwan News
Sumber: Bloomberg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.