Semalam, penerjun daripada China yang berusia 14 tahun telah memeranjatkan satu dunia dengan memenangi pingat emas di Olimpik Tokyo 2020. Hongchan atau nama sebenarnya Quan Hongchan telah mencipta sejarah sebagai atlet China termuda yang memenangi pingat emas dalam temasya kalini. Lain level budak ni.
Walaupun badannya bertubuh kecil molek, Hongchan telah mencuri tumpuan juri apabila berjaya melakukan dua terjunan ‘perfect score’ pada peringkat akhir acara 10m platform wanita berseorangan sekaligus mengalahkan rakan sepasukannya, Chen Yuxi.
#diving Looking for 10s? 😮👏 pic.twitter.com/QOT4yS6DDx
— World Aquatics (@WorldAquatics) August 5, 2021
“Anak petani masuk Olimpik?”
Tetapi apa yang memeranjatkan lagi adalah Hongchan bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Sebaliknya, ibu bapanya bekerja sebagai petani untuk menyara keluarga. Kenapa mata masuk habuk tiba-tiba ni.
Yang menyedihkan, ibu Hongchan menghidap masalah kesihatan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Hongchan bertekad untuk mendapatkan pingat emas di Olimpik Tokyo demi menanggung kos rawatan ibunya. Kisah inspirasi ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia.
“Macam awal sangat je”
Dalam posting @AymanRashdanW di Twitternya, dia berkata bahawa Hongchan telah menyertai sekolah sukan pada usia 7 tahun, manakala rakan sepasukannya, Chen Yuxi pula pada usia 4 tahun. Dia juga berkata di ruangan komen, join sukan di China merupakan salah satu jalan pintas untuk keluar daripada kemiskinan. Tu pun kena bersaing dengan berjuta orang dekat sana.
Mak ayah Quan Hongchan memang orang miskin. Penanam buah di kampung. Masuk sekolah sukan umur 7. Katanya nak dapat emas so boleh dapat duit untuk rawat penyakit mak dia.
Chen Yuxi pula berasal dari Shanghai. Mak ayah bekas atlet. Ni lagi gila, umur 4 masuk sekolah sukan. https://t.co/05NvsO4dt1
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 5, 2021
Walaupun usianya masih muda, ibu bapanya sentiasa menyokongnya demi menyara keluarga. Tak semua anak muda sekarang mampu melakukan perkara yang sama.
Harap cerita ini dapat beri inspirasi kepada semua orang supaya tidak patah semangat mengejar impian.